Isnin, April 06, 2015

Tak kurang hebatnya Si Presiden PKR ni rupanya ye. Hebat jugak dia bermain pedang. Siapa yang cari pasal dengan dia, haya la nanti. Nak pulak bila Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dah nak mula.

Kehangatan Pilihan Raya Kecil itu kini sudah mula dirasai biarpun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum bermesyuarat. Mereka dijangka akan bermesyuarat 8 April nanti.

Tapi, nampak gayanya, PKR dah mengambil langkah awal untuk turun 'Main Pedang' dan menjenguk permasalahan rakyat dikawasan kubu kuat mereka selama hari ini. Nak pulak Si Wan Azizah tu.

Sebelum ini, dia cukup yakin bahawa dia mempunyai kemampuan untuk meneruskan legasi Si Ketua Penipu tu bagi mengekalkan kerusi Parlimen tersebut dalam Pilihan Raya Kecil kali ini.

Malah, Si Wan Azizah tu jugak turut pernah menjadi ahli Parlimen dikawasan tersebut sewaktu Si Ketua Penipu tu mula - mula disumbatkan ke dalam penjara pada tahun 1999 yang lalu.

Kemudian, Si Wan Azizah tu melepaskan jawatan tersebut bagi memberikan laluan kepada Si Ketua Penipu tu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil seterusnya mengekalkan legasi dikawasan tersebut.

Walaupun PKR masih belum menetapkan siapa calon yang bakal dinamakan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh itu, tapi nama Wan Azizah menjadi pilihan.

Nak pulak bila Si Rafizi tu awal - awal lagi dah membodek Si Wan Azizah tu dengan menyatakan bahawa tidak ada orang lain yang lebih layak bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Si Ketua Penipu tu.

Tapi, bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh kem Si Wan Azizah tu sebenarnya mempunyai maksud yang tersembunyi disebalik batu. Ada agenda subversif yang direncanakan.

Salah satu yang kini menjadi buah mulut orang ialah mengenai spekulasi berkaitan dengan Timbalan Presiden PKR yang teruja nak menyingkirkan keluarga Si Ketua Penipu tu didalam PKR.

Semua spekulasi itu boleh dianggap sebagai satu bukti yang menyatakan bahawa PKR kini sedang berada dalam perebutan untuk mengekalkan kuasa legasi Si Ketua Penipu tu anak beranak.

Cuma yang kita herannya, kenapa pulak baru sekarang Si Wan Azizah tu nak balik kampung dan menjenguk penduduk - penduduk di Parlimen Permatang Pauh sedangkan selama ini mereka dipinggirkan begitu sahaja!!!

Nampak sangat la yang Si Wan Azizah tu sekarang ni semakin terdesak untuk mengekalkan legasi Si Ketua Penipu tu dan takut kawasan mereka dirampas oleh kartel Azmin. Kalau itu berlaku, bermakna berkubur la nama Si Ketua Penipu tu akhirnya nanti!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping