Kan kita dah pesan supaya geng - geng PASMA-Cai dan Hawaii Five-O ni jangan turun ke Rompin. Tapi diorang ni degil. Nak jugak diorang tayang kemaluan diorang depan orang ramai.
Tapi, yang kita herannya, pelik sangat ke kalau kita dengar cerita yang Si Mat Syabun tu tak mendapat sambutan sewaktu dia mengadakan ceramah di Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni semalam?
Dengar cerita, jumlah kehadiran yang datang ke Kampung Mentara semalam tak sampai pun 100 orang. Itu pun yang meramaikan ceramah tu hanya terdiri dari kalangan jentera - jentera luar.
Kalau tanya orang dikawasan Rompin ni sendiri, diorang kata Kampung Mentara tu memang kubu kuat PAS. Semua jentera diorang bagi DUN Tioman berkampung dikawasan tu.
Jadi, itu yang membuatkan kita bertambah hairan. Mana perginya semua jentera - jentera PAS tu semua? Kenapa diorang sendiri tinggalkan Si Mat Syabun tu terkontang kanting sendirian?
Tapi, apa nak heran ye tak. Kalau kita tengok keadaan Politik dalam kepimpinan PAS tu sendiri pun kita dah boleh jadi pening kepala. Masing - masing dok tengah sibuk berebut jawatan belaka.
Ditambah pulak dengan tindakan PAS Kawasan Permatang Pauh yang menolak sebarang kerjasama dengan Si Mat Syabun tu kerana enggan menyokong desakan yang mereka buat terhadap PKR.
Mereka membuat keputusan tersebut kerana Si Mat Syabun tu tidak mengendahkan lansung suara dari kalangan akar umbi parti. Sebaliknya dia hanya sekadar men-Tong-Sampah-kan pendapat mereka.
Korang bayangkan. Kalau suara dari kalangan akar umbi parti sendiri pun pemimpin PAS diperingkat atasan boleh buat tak tau, inikan pulak pandangan dan luahan dari kalangan rakyat. Lagi la diorang tak peduli!!!
Mungkin sebab itulah jugak sambutan yang diberikan oleh jentera PAS dikawasan Parlimen Rompin ni jugak agak 'dingin' terhadap kehadiran Si Mat Syabun tu walaupun dia Timbalan Presiden.
Mereka hanya sekadar menghormati dia kerana jawatan dia je. Tapi, kalau nak dengar cakap Si Mat Syabun tu atau percaya dengan apa yang dia perkatakan, jangan harap la!!! Setakat buat semak je Si Mat Syabun ni sebenarnya!!!
PS: Kalau ahli PAS pun dah tak sokong pemimpin PAS sendiri, takkan rakyat di Parlimen Rompin ni masih nak sokong calon PAS jugak!!!
semut hitam gigit.... mereka lari lintang pukang tak sempat jumpa pak mat sabun
BalasPadamNyesal aku meniagaa..tak balik modal.
BalasPadamdiaorang hanya tolak mat bin sabu aje....
BalasPadampenyokong tegar pas tak kan menyokong umno....