Khamis, April 23, 2015

PAS Kawasan Permatang Pauh tetap tidak berganjak dari pendiriannya sebelum ini yang mahukan Presiden PKR Wan Azizah menarik balik kenyataannya mengenai hudud sekali gus membuat permohonan maaf secara terbuka.

Yang Dipertua PAS Permatang, Pauh Omar Hassan berkata, meskipun tempoh penamaan calon kurang dari 48 jam mereka tetap bertegas dengan keputusan usul yang dibuat sebelum ini.
"Dia kena minta maaf kepada PAS sebab kesilapannya di situ ialah menolak hudud. Kami akan mengekalkan pendirian kami sehingga permintaan kami dipenuhi atau sehingga arahan diberi presiden kami," katanya selepas mesyuarat kawasan itu malam tadi.
Mengulas sama ada beliau akan menghadiri pengumuman calon PKR esok dan hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) pada Sabtu, Omar berkata, mereka memutuskan untuk "bersama sayap kanan parti itu, termasuk sayap Pemuda".

Namun, Omar berkata kawasan itu bukan memboikot PRK Permatang Pauh yang tempoh kempennya akan bermula selepas penamaan calon pada 25 April ini.

Katanya, PAS kawasan itu berterima kasih kepada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana beliau menghormati pendirian ahli di akar umbi berkenaan isu hudud dan PRK Permatang Pauh.
"Kami syukur pemimpin kami faham apa yang berlaku. Kami juga yakin pemimpin kami akan dapatkan penyelesaian yang sebaiknya bagi perkara ini.
"Kami cuma akan dengar sekiranya ada sebarang arahan daripada Hadi apabila beliau datang (ke Pulau Pinang), insya-Allah kami patuh arahan presiden," kata Omar.
Kesimpulannya, puak - puak PAS tu tetap juga bertegas mahu PKR memohon maaf serta menarik balik keputusan yang mereka lakukan terhadap isu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.

Tapi yang herannya, kenapa dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni, PAS takut pulak nak sebut pasal isu perlaksanaan Hukum Hudud tu? Kenapa diorang sehabis boleh nak elakkan diri?

Ternyata, PAS hanya sekadar mahu memperalatkan isu perlaksanaan Hukum Hudud tu demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya diorang betul - betul nak memperjuangkan dasar perjuangan parti mereka sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping