Khamis, April 23, 2015

Heh! Memang tak tau la nak kata apa dah ke Si Mat Syabun ni. Dasar manusia yang tak sedar diri memang macam tu la perangainya. Bukannya Si Mat Syabun tu ada sebarang rasa kemaluan.

Dia ingat dia mempunyai kedudukan yang tinggi dan mampu untuk mendesak orang lain sesuka hati dia je. Tapi ternyata dia dah tersalah anggap. Kedudukan dia tak mengubah keadaan.

Kalau orang dibawah ni dah menyampah pada dia, apa lagi yang mampu kita perkatakan? Waima dia jadi Timbalan Presiden PAS sekali pun orang akan tetap benci dengan tindakan yang telah dia lakukan.

Hakikatnya, tindakan yang dilakukan oleh Si Mat Syabun tu terhadap pendirian yang diluahkan oleh suara akar umbi PAS dikawasan Permatang Pauh memang satu tindakan yang mengecewakan.

Bahkan, kepimpinan PAS dikawasan Permatang Pauh itu sendiri terasa seperti suara mereka tidak diendahkan lansung oleh Si Mat Syabun tu selaku Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Maka, diatas tindakan yang dilihat jelas meminggirkan suara jentera PAS dikawasan tersebut membuatkan mereka menolak sebarang kerjasama dengan Si Mat Syabun serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Rawa.

Kata ahli PAS Kawasan Permatang Pauh tu semalam, mereka hanya akan mendengar pandangan, nasihat serta akur dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden sahaja. Orang lain, boleh blah!
"Buat apa kita nak dengar kata Mujahid. PAS (Kawasan) Bukit Gelugor pun hanya ditubuhkan untuk memberi laluan kepada dia untuk menjadi Yang Dipertua kawasan. Kami hanya akan mendengar nasihat daripada Presiden, DPP negeri dan Dewan Muslimat negeri kerana mereka faham isi hati akar umbi," katanya.
Yang lebih menarik, dalam perkembangan yang sama, Si Hadi Awang tu pulak memberikan respon bahawa dia lebih selesa untuk menghormati keputusan yang telah dibuat oleh PAS Kawasan Permatang Pauh tu.

Walaupun keputusan yang dibuat oleh PAS Permatang Pauh itu tidak mengubah kedudukan mereka didalam Pakatan, namun Si Hadi Awang tu selaku Presiden PAS tetap menghormati ketetapan yang telah dibuat.
“Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh. Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh,” kata Hadi.
Nah! Dengan kenyataan tersebut, maka terbuktilah bahawa kepimpinan PAS Pusat tu sendiri suka meminggirkan suara dari kalangan akar umbi PAS sendiri. Luahan hati mereka lansung tidak dipedulikan.

Dan yang lebih mengecewakan ialah apabila tindakan itu dibuat terhadap keputusan PAS Kawasan yang mahu memperjuangkan dasar tunjang didalam PAS selama hari ini iaitu Hudud.

Dalam ertikata lainnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mat Syabun dan Si Mujahid Rawa sebelum ini boleh dianggap sebagai satu kenyataan yang membelakangkan agenda perjuangan PAS. Mungkin sebab itu mereka Haramkan Hudud menjadi sebutan dikalangan ahli!!!

PS: Sedangkan suara dikalangan ahli PAS sendiri pun diorang tak peduli demi menjaga kepentingan Politik Peribadi diri sendiri, inikan pulak dengan suara rakyat. Lagi la diorang buat Tak Kisah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping