Khamis, April 02, 2015

Jangan sedih Nuha... Abang kan ada? Hehehe...
Nampak gayanya, agenda subversif yang cuba digerakkan oleh Si Azmin Ali sebelum ini sudah pasti tidak kesampaian apabila Si Wan Azizah keluarkan 'Trump Card' dia lebih awala.

Kata Si Wan Azizah, dia lebih layak untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh berbanding calon lain yang menjadi sebutan dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebelum ini.

Bahkan, Si Wan Azizah tu anggap dia lebih layak jika nak dibandingkan dengan anak keduanya, Si Nurul Nuha tu bagi mengekalkan kerusi warisan turun temurun Si Ketua Penipu tu.

Jadi, tak payah la Si Yusmadi atau Si Afif mahupun kartel - kartel Azmin nak berangan - angan merebut kerusi tersebut dari genggaman Wan Azizah anak - beranak. Sebaliknya mereka perlu sedar, PKR ni milik keluarga Si Ketua Penipu tu, bukannya milik orang lain!!!
KUALA LUMPUR 2 April - Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak menafikan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bagi mengisi kekosongan kerusi yang dahulunya diduduki suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, parti itu akan bermesyuarat bagi membincangkan mengenai pilihan raya kecil (PRK) tersebut sebelum membuat sebarang keputusan untuk meletakkan calon di Permatang Pauh.

"Parti akan memutuskan (calon). Kami akan ada beberapa mesyuarat. Dan sekiranya saya terpaksa menjadi calon bidan terjun, saya rasa saya perlu bertanding sekali lagi," katanya semasa ditemui di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam pagi ini.

Mengambil kira pengalamannya dan faktor suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh, Dr Wan Azizah yakin mampu memberi khidmat dan menggalas tanggungjawab sekiranya dipilih untuk bertanding.

"Saya mengenali mereka dan sudah berada lama di sana. Malah, saya pernah mengundur diri selepas Anwar keluar. Saya rasa selesa dan mereka (pengundi) mengenali saya. Saya harap dapat memberikan khidmat yang diharapkan mereka," katanya.

Mengenai persediaan menghadapi PRK itu, Wan Azizah berkata mereka sudah bersedia sejak awal ketika mendapat keputusan Anwar akan kekal meringkuk dalam penjara.

"Kami sebenarnya sudah mengetahui perkara sebegini akan berlaku, jadi kami sudah bersedia sejak awal.

"Di akar umbi, Anwar ialah ahli Parlimen Permatang Pauh, penyokongnya sudah bekerja dan kami bersiap-sedia, bila-bila masa pilihan raya diadakan. Namun, kerja akar umbi perlu diteruskan," katanya.

2 ulasan:

  1. Kalau orang Permatang Pauh dok pilih lagi Nenek Jijah Kipas ni, aku tak tau lah apa nak cakap kecuali depa dah kena suap dengan nasi kankang Jijah kipas tu.....

    BalasPadam
  2. Dia org main undi saja wakil rakyat bukan nak apa apa pun.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping