Rabu, April 29, 2015

Nah!!! Jika sebelum ini PAS bukan main ghairah lagi nak menjaja cerita pasal isu GST dan juga isu - isu Nasional yang lain sehingga melupakan dasar yang diperjuangkan oleh parti sendiri.

PAS lupa nak bercerita kepada rakyat mengenai isu perlaksanaan Hukum Hudud yang mereka cadangkan di Kelantan sebelum ini. Malah, isu Hudud PAS itu dilihat sengaja didiamkan.

Jika di Permatang Pauh, Pemuda PAS Pulau Pinang sampai sanggup bermufarakah dengan PAS Pusat hanya kerana semata - mata mereka nak memperjuangkan isu perlaksanaan Hukum Hudud.

Itu pun PAS Pusat ada hati nak ugut Pemuda PAS Pulau Pinang dengan tindakan disiplin. Tapi di Rompin, nak luahkan perkataan "HUDUD" tu pun PAS dah menggigil seluruh tubuh badan.

Dek kerana PAS tidak menggunakan pentas PRK Parlimen Rompin ini sebagai medan untuk mereka menjelaskan isu mengenai perlaksanaan Hukum Hudud tu membuatkan rakyat semakin keliru.

Bahkan ada dikalangan Orang Asli dikawasan Parlimen Rompin ini sendiri yang tampil dengan pelbagai pertikaian berhubung isu perlaksanaan Hukum tersebut secara terang - terangan.

Katanya, isu berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS itu menjadi salah satu punca kenapa mereka tidak mengundi PAS dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini.
"Kami bimbang jika PAS menang ia akan memberi kesan kepada orang bukan Islam. Kami takut nanti kulit pun hilang," kata Tok Batin Kampung Kedaik Asal, Bohsuan Tansee sambil melakukan aksi tangannya dipotong.
Dari kenyataan yang dizahirkan oleh salah seorang pengundi dikalangan Orang Asli itu membuktikan yang mereka juga tidak faham isu berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud PAS tu sendiri.

Tapi, kita tak heran jika Orang Asli tak faham berhubung isu perlaksanaan Hukum Hudud ni. Mereka tak faham sebab PAS tak pernah bagi penerangan secara mendalam kepada mereka.

Yang menjadikan kita pening kepala ialah kenapa masih ada dikalangan pemimpin - pemimpin PAS tu sendiri yang boleh menentang perlaksanaan Hukum Hudud tu secara terbuka!!! Takkan la diorang BODOH sangat sampai tak faham isu perlaksanaan Hukum Hudud tu kot!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. pemuda pas p.pinang dah buat u turn SH....kena sergah dgn dap pkr....kecut kerandut....sejak mula lagi kita dah blh agak....pas memang pengecut....parti islam u turn semalaysia....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping