Siapa yang pernah dengar nama Mawar Rashid sebelum ini? Bagi orang yang tak minat dengan program mencari bakat yang disiarkan melalui siaran televisyen, dah tentu diorang tak kenal.
Tapi, nama Mawar Rashid ni semakin menjadi hangat apabila dia menimbulkan kontroversi baru - baru ini bila dia ditanya mengenai isu - isu semasa. Nak pulak isu berkaitan dengan GST.
Katanya, Mawar Rashid tu gagal untuk menjawab soalan yang diajukan kepada dia mengenai isu perlaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan tu dalam siaran lansung diadakan.
Tapi, tak heran la kalau Mawar Rashid ni tak tau mengenai isu perlaksanaan GST tu. Bukannya nak kata dia tak cakna dengan isu tu. Cuma dia kurang peka dengan isu berkaitan dengan ekonomi.
“Maksud GST is goods and services tax yangg menggantikan (sst) sales and services tax. Mawar mintak maaf pada semua sebab Mawar kurang peka tentang isu ekonomi negara”
“Pelajaran & assigments serta aktiviti Mawar yang padat setiap hari telah membuat Mawar lalai tentang perkembangan isu semasa. Mawar apologise once again dan ambil setiap kritikan dan teguran untuk improve diri Mawar to b a better person,” jelasnya di Instagram.
Setidak - tidaknya, Mawar Rashid tu ada jugak keberanian nak mintak maaf kepada semua orang kerana kekurangan dia dalam kepekaan terhadap isu tersebut. Itu pun sudah memadai.
Tapi, lain pulak dengan Si Mat Syabun tu. Dia dah la tak berani nak mintak maaf dengan pengundi - pengundi di kawasan Parlimen Rompin. Malah dia juga enggan mengakui kesilapan dirinya.
Kalau nak kata Mawar Rashid tu tak tau mengenai GST tahan lagi sebab itu bukan dasar perjuangan dia. Tapi yang Si Mat Syabun ni tak tau lansung nak komen pasal isu perlaksanaan Hukum Hudud ni pasal apa?
Bila wakil dari kalangan pihak media tanya dia mengenai isu perlaksanaan Hukum yang menjadi dasar perjuangan PAS selama hari ini, Si Mat Syabun tu mula tergagap - gagap nak menjawapnya.
Dah la Si Mat Syabun tu tak reti nak jawab, dia mula nak alihkan perhatian dan mintak pihak media tu ajukan soalan tu kepada MB Kelantan dengan alasan, isu tu bukan dia yang bangkitkan.
Dari jawapan yang diberikan oleh Si Mat Syabun tu, nampak sangat la yang dia sendiri pun tak faham dengan dasar perjuangan parti yang menjadi asas kepada penubuhan PAS selama hari ini. Patut la Si Mat Syabun tu dihalau oleh ahli - ahli PAS dikawasan Parlimen Rompin!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.