Khamis, April 23, 2015

Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) hanya diarah berkempen di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan bukannya di Rompin, kata Timbalan Pengerusi PASMA Selangor, Mohamad Abdul Rahman.

Ketika ditanya kenapa hanya berkempen di Permatang Pauh, Mohamad berkata itu adalah keputusan PASMA pusat. “Itu kena tanya (PASMA) pusat. Sebab mereka yang susun (jadual kempen tersebut),”katanya.

Mohamad turut mengumumkan penubuhanpasukan sukarelawan PASMA Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk turun membantu calon PKR pada PRK Permatang Pauh mulai Sabtu ini.

Beliau turut menyentuh tentang misi mendaftarkan Pakatan Rakyat (PR) kepada Pejabat Pendaftar pertubuhan (ROS) untuk memperkukuhkan lagi gabungan pembangkang itu.

“Bagi Pakatan Rakyat ini mendaftar sebagai satu parti, yang boleh letakkan logo yang satu supaya dalam Pakatan Rakyat ada pengerusi dan organisasi yang kukuh sama seperti apa yang dibuat oleh Barisan Nasional.

“Ketika ini, Pakatan Rakyat agak sedikit longgar dari segi penyatuannya. Kita, PASMA akan mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya mereka mendaftar sebagai satu parti yang di bawahnya wujud berbagai-bagai parti yang menyokong Pakatan Rakyat.

“(Apabila berdaftar Pakatan Rakyat) ada Presiden, Setiausaha (yang sah). Kalau mak bertanding (PR) mempunyai logo yang lain (satu). Bukan (seperti sekarang), Pakatan Rakyat yang bertanding di sana PAS, PR kat sana Keadilan. Ia tidak nampak penyatuan,” katanya.

Kesimpulannya, kehadiran Si Mat Syabun sewaktu Penamaan Calon di PRK Parlimen Rompin tadi hanya sekadar wayang semata - mata. Mungkin sebab tu la muka dia sendiri pun tak berapa ceria je!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kenapa guna perkataan rakyat ? Rakyat malaysia semua sokong pembangkang ke?

    BalasPadam
  2. menggunakan nama pakatan RAKYAT,adakah semua rakyat menyokong,perlukah rakyat malaysia mengundi untuk meluluskan penggunaan perkataan rakyat untuk parti pembangkang,mungkin tidak semua rakyat malaysia bersetuju pembangkang menggunakan perkataan RAKYAT,bagai mana dengan rakyat yg tidak menyokong pembangkang?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping