Alamak ai!!! Menggelupor la puak - puak PAS tu bila mendengar keputusan yang telah dibuat oleh SPR hari ini mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin tu. Diorang ingatkan lambat lagi.
Dalam pada diorang dok menggelupor nak mencari calon yang sesuai, Suruhanjaya Pilihan Raya pulak umumkan tarikh Pilihan Raya tersebut awal dari apa yang mereka jangkakan sebelum ini.
PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei, demikian umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata suruhanjaya itu dalam mesyuarat khas hari ini juga menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Rompin pada 22 April, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 30 April.
Abdul Aziz berkata kawasan itu mempunyai 53,294 pemilih berdaftar.
"Daftar pemilih itu terdiri daripada 52,744 pemilih biasa, 545 pemilih awal dan lima orang pengundi tidak hadir luar negara," katanya dalam sidang media mengenai PRK kerusi Parlimen Rompin itu di sini.
Nah! Dengan pengumuman yang dibuat tu, maka sekarang PAS mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk tidak membantu jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh nanti.
Nak pulak bila PAS dan PKR serta DAPigs masih lagi dalam kancah berbalah sesama sendiri dek kerana bercanggah pendapat dalam isu berhubung perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.
Malah, tindakan PKR dan DAPigs yang menghina Presiden PAS dengan melabelkan Si Hadi Awang sebagai Pengkhianat itu juga tidak mampu untuk menyelesaikan masalah diantara mereka.
Maka, dengan adanya Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni, mudah la PAS nak memberikan alasan, kononnya semua jentera mereka akan tumpukan sepenuh perhatian di Rompin.
Dalam erti kata lainnya, tak payah la PAS nak susah - susahkan diri membantu 'Anjing Yang Tersepit' macam PKR di Permatang Pauh tu. Dah tentu - tentu diorang akan gigit jugak PAS balik!!! Lagi pun, Parti Kencing Rakyat ni bukannya boleh percaya sangat pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.