Isnin, April 27, 2015

TERBAIK beb!!! Memang nampak sangat puak - puak PAS ni dah semakin hari semakin terdesak nak mencari publisiti serta menjaja Politik Longkang mereka kepada warga Felda di Rompin.

Punya la KEMARUK dan Gila Kuasanya puak - puak PAS ni nak menghasut warga Felda sehingga sanggup diorang buat cerita yang bukan - bukan. Semalam cerita pasal saham FGVH.
Kali ini, puak - puak PAS tu tampil pulak seorang bekas tokoh dari Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang terlibat dalam pembekalan makanan untuk mengapi - apikan peneroka - peneroka Felda.

Selain membuat dakwaan terhadap Felda dan cuba memutar-belitkan isu berkaitan dengan FGVH, tokoh itu juga turut menyeru agar rakyat menyelamatkan Felda dengan mengundi calon PAS.

Tapi, tokoh tu tak cerita pulak yang sebelum ini dia dah pernah REMBAT duit Felda sebanyak RM 30juta bersama dengan seorang lagi kawan dia yang jadi Ahli Pengarah syarikat KPFQ?

Walhal, cerita pasal dia KANTOI rembat duit Felda tu tersebar luas didalam laporan media sebelum ini. Tapi, kenapa pulak yang itu dia tak nak cerita dan jelaskan kepada Peneroka Felda?
KUALA LUMPUR - Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pembekal makanan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan  pecah amanah membabitkan lebih RM30 juta tahun lepas. 
Datuk Tan Han Kook, 59, dan Datuk Sarchu Sawal, 64 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dijadapan hakim, Rosbiahanin Arifin. 
Berdasarkan kertas pertuduhan, Sarchu sebagai CEO syarikat KPF Quality Foods Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah dana syarikat tersebut melalui 27 keping cek berjumlah RM16,963,825.
Nah! Sekarang PAS perlu menjelaskan diri mereka sendiri. Kenapa pulak diorang sampai begitu terdesak sehingga terpaksa mempergunakan seorang manusia yang Pecah Amanah ni?

Bukan ke selama hari ini PAS sering kali memperkatakan mengenai perjuangan Islam? Adakah perjuangan Islam yang diamalkan oleh PAS itu membenarkan perbuatan pecah amanah?

Dan apa yang lebih penting, takkan rakyat dikawasan Parlimen Rompin ni nak ikut cakap seorang manusia MUNAFIK yang didapati telah melakukan khianat kepada peneroka - peneroka Felda sendiri?

Belum pun dapat berkuasa, PAS dah mula nak meng-HALAL-kan amalan Pecah Amanah dikalangan ahli - ahli mereka sendiri. Maka sebab itu dia panggil bekas CEO KPF tu. Bayangkan kalau diorang dapat kuasa nanti, boleh kata semua benda HARAM pun akan di-HALAL-kan jugak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping