Isnin, April 27, 2015

Kalau sebelum ini kita dah dedahkan kenyataan Calon PAS yang kuat mengkritik ibu bapa dari kalangan warga Felda yang didakwa tidak memberikan tumpuan kepada pendidikan anak - anak.

Antara lain, Calon PAS tu kata, ibu bapa dikalangan warga Felda ni tak memberikan penekanan kepada pendidikan anak - anak. Tidak sama seperti orang yang duduk dikawasan Bandar.

Malah Calon PAS tu juga turut membuat kesimpulan dengan menyatakan bahawa pengabaian ibu bapa dikalangan warga Felda itu menjadi punca kepada masalah sosial dikalangan anak muda.


Realitinya, keadaan cukup berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh Calon Barisan Nasional, Dato' Haji Hasan Arifin yang menjadikan soal pendidikan ini sebagai satu keutamaan.

Bukan sahaja ianya diterapkan kepada anak - anak, malah dirinya sendiri juga turut mementingkan soal pendidikan kerana bagi dirinya, pendidikan itu mampu untuk membantu.

Menjelaskan keadaan bagaimana Calon Barisan Nasional menempuhi perjalanan hidupnya sebelum ini, kakak kepada Dato' Hasan Arifin menegaskan bahawa dia cukup mementingkan soal pendidikan.
"Ayah kami Arifin Osman meninggal dunia semasa Hasan berusia dua tahun. Dia ke sekolah dalam keadaan miskin. Ini menjadikannya begitu tekun dengan pelajaran kerana dia sedar hanya pelajaran yang dapat mengubah hidup kami sekeluarga.
   

"Semasa kecil dia banyak menghabiskan masanya dengan mengulang kaji pelajaran. Jika keputusan peperiksaannya tidak bagus, dia akan merasa sangat sedih," katanya kepada Bernama.
Tidak cukup setakat itu sahaja. Malah Dato' Hasan juga turut mempamerkan ciri - ciri kepimpinan semenjak dia masih belajar di sekolah lagi. Maka, tak heran jika sekarang ni dia mampu jadi pemimpin.

Dalam erti kata mudahnya, soal bab nak memberi pendidikan kepada anak - anak ni bukan sahaja menjadi tanggungjawab ibu bapa je. Tapi ianya turut melibatkan masyarakat sekeliling.

Malah pihak Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional sendiri pun sangat mementingkan soal pendidikan dikalangan anak - anak muda ni. Jadi, tak perlu la Calon PAS tu nak salahkan ibu bapa Peneroka yang menjadi punca masalah sosial pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping