Itu salah satu luahan seorang sahabat apabila mendengar dan membaca berita kata puak - puak PAS tu tak berapa serius nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin semalam.
Jika kita perhatikan dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang itu memberi gambaran bahawa peluang PAS untuk menang di Rompin adalah sukar.
(Artikel Berkaitan: #PRKRompin Hanya Pentas PAS Luahkan Perasaan Je!!!)
Maka, untuk apa pulak diorang tetap jugak nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil tersebut? Kenapa diorang masih lagi berdegil nak mengabihkan masa dan tenaga menghadapinya?
Kenapa PAS beria - ia sangat nak bertanding sedangkan mereka boleh memberikan laluan mudah kepada Barisan Nasional sebagai penghormatan terhadap jasa bakti Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis?
Walhal, UMNO boleh tunjuk sikap Jiwa Besar mereka sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka atas alasan menghormati jasa bakti yang telah diberikan oleh Allahyarham Nik Aziz. Kenapa PAS tak boleh?
Hakikatnya, tak mustahil sekiranya pentas Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin tu juga akan dipergunakan oleh Tuan Ibrahim sebagai pentas untuk dia melonjakkan nama dia sendiri.
Nak pulak bila sekarang ni dia dok sibuk nak bertanding merebut untuk jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS, menentang Si Mat Syabun dalam pemilihan parti tu bulan Jun nanti.
Jadi, tak salah sekiranya ada dikalangan rakyat yang melihat, keputusan PAS yang tetap berdegil untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil tersebut didorong oleh kerakusan pemimpinnya sendiri.
Tak mustahil sekiranya kita lihat keputusan Tuan Ibrahim tu sebenarnya hanya untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Kalau PAS tak bertanding, dia akan dituduh bacul.
Maka, saham dia dikalangan perwakilan PAS nanti akan menurun. Dan isu itu akan digunakan oleh Si Mat Syabun nanti. Jadi, sebab itulah PAS 'Terpaksa' jugak bertanding di Rompin. Semuanya untuk menjaga kepentingan diri dia sendiri je, bukannya untuk rakyat!!!
Apa yang kita boleh harapkan dari KELDAI P'Gay'R dan DAPpigs ni......otak depa semua dah dikepala jubuqkan oleh Anwar 'Al-Juburi' Ibrahim......
BalasPadam