Ye! Sepatutnya PAS bagi PKR bertanding didalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini. Diorang tak payah sibuk - sibuk nak menyusahkan diri sendiri dan mengabihkan masa tak tentu arah.
Jika sebelum ini, Tuan Ibrahim tu sendiri kata, PAS bertanding bukannya untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil tersebut. Sebaliknya, PRK tu hanya pentas untuk mereka terus MENIPU rakyat.
(Artikel Berkaitan: #PRKRompin: Hanya Pentas PAS Nak Luahkan Perasaan Je!!!)
Dari satu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Pesuruhjaya PAS Pahang tu membayangkan bahawa jentera PAS secara tak lansung tidak mampu untuk meraih sokongan dari kalangan rakyat di Rompin.
Jadi, jika mereka rasa mereka tidak berkemampuan untuk bertanding, kenapa diorang tak bagi laluan kepada PKR untuk mencuba nasib? Kenapa diorang jugak yang mesti bertanding di kawasan tu?
Lagi pun, kalau PAS tak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil kali ini, ianya bukan sahaja akan menjimatkan duit dan masa, malah dalam masa yang sama menaikkan imej serta maruah parti tersebut.
PAS sudah pasti akan dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai jiwa besar dalam Politik Matang seperti mana yang telah dilakukan oleh UMNO sebelum ini dalam PRK DUN Chempaka.
UMNO mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil di Kelantan tu kerana menghormati serta menghargai jasa bakti yang telah diberikan oleh Allahyarham Nik Aziz.
Maka, tak salah sekiranya PAS mengambil tindakan yang sama, menghormati dan menghargai jasa bakti yang telah diberikan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dikawasan Rompin.
Bak kata MB Pahang, ianya 'Langkah Manis' sekiranya PAS mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil kali ini. Tambahan pulak, ini hanya satu kerusi Parlimen je.
"Jika Pas tidak bertanding...kerana menghormati JJ (Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis) sebagai seorang pemimpin kanan, tentunya ini merupakan tindakan manis (oleh Pas).
"Kita akan jimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti. Lagipun, sekarang hanya untuk satu kerusi Parlimen,” kata Adnan pada sidang akhbar di Sungai Karang semalam.
Tapi, mengenali sifat puak - puak PAS yang rakus nak mengambil kesempatan dalam keadaan semasa, diorang bukan peduli sangat semua tu. Yang penting, diorang jaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri. Diorang peduli apa kalau diorang mengabihkan masa sekali pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.