Isnin, April 20, 2015

Termenung Si Mat Syabun tu sekejap bila PAS Kawasan Permatang Pauh meluluskan usul untuk mendesak PKR dengan memberi mereka kata dua sebelum ini. Pening kepala dia dibuatnya.

Yang Si Mat Syabun tu paling takut sekali ialah bukan soal sokongan serta bantuan dari jentera PAS dikawasan Permatang Pauh tu sendiri. Setakat jentera Pilihan Raya Kecil tu, dia banyak pilihan.

Kalau tak dapat bantuan dari PAS dikawasan Permatang Pauh tu pun Si Mat Syabun tu tak kisah sangat. Dia masih ada puak - puak PASMa-Cai yang sanggup buat kerja untuk dia nanti.

Tapi, apa yang membuatkan Si Mat Syabun tu paling takut ialah apabila perkara itu mampu untuk membangkitkan kemarahan Si Tokong DAPigs di Pulau Pinang tu. Perkara itu yang membuatkan dia runsing.

Kalau Si Tokong DAPigs tu mengamuk, mana dia nak cari modal untuk membayar jentera PASMa-Cai bagi membantu PKR dalam Pilihan Raya Kecil dikawasan Parlimen Permatang Pauh tu?

Nak harapkan duit poket dia sendiri, mana boleh. Habis la duit yang dia dah kumpul selama hari ini. Lagi pun, bulan Jun nanti banyak lagi belanja yang perlu dikeluarkan untuk bertanding.

Maka, sebelum Si Tokong DAPigs tu mengamuk, Si Mat Syabun tu awal - awal lagi dah keluarkan kenyataan terhadap desakan yang dibuat oleh PAS Kawasan Permatang Pauh tu sendiri.

Kata Si Mat Syabun, pendirian serta keputusan PAS Kawasan Permatang Pauh tu tidak mewakili PAS Pusat. Sebaliknya, PAS Pusat tetap akan menghantar jentera untuk membantu PKR.
"Saya anggap ia sekadar pandangan daripada mereka, tiada apa-apa tindakan akan diambil...tengoklah bila bermula pilihan raya nanti. 
"Sesiapa pun boleh beri pandangan, namun keputusan parti akan dipatuhi oleh semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Jelutong.
Malangnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Mat Syabun tu membuktikan bahawa dia seolah - olah menolak suara desakan dari kalangan akar umbi agar PKR menghormati perjuangan PAS.

Mungkin bagi Si Mat Syabun, keputusan serta ketetapan yang dibuat oleh PAS Kawasan Permatang Pauh tu hanya sekadar luahan hati yang tidak perlu dilayan. Suara ahli ni hanya Sampah semata - mata.

Bahkan, kenyataan Si Mat Syabun tu juga dilihat seolah - olah dia sendiri meng-HALAL-kan PKR untuk memijak - mijak kepala dan menghina Presiden PAS secara terbuka sesuka hati mereka.

Tapi, apa nak heran ye tak. Hakikatnya semua orang pun dah boleh jangka jawapan yang akan diberikan oleh Si Mat Syabun tu. Lagi pun, siapa yang tak tau siapa Si Mat Syabun tu sebenarnya. Dia memang lebih sayangkan orang lain dari parti dia sendiri!!!

PS: Baca Artikel Berkaitan - Nenek Kipas Kantoi Menipu Rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping