Rabu, April 15, 2015

Rasanya dah puas dah kita jelaskan sebab musabab kenapa PAS tak perlu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni. Tapi, apa nak buat. Diorang dapat pemimpin yang tebal dengan sifat Ujub.

Jadi, memang nampak sangat la yang puak - puak PAS ni semuanya Gila Kuasa, Pangkat dan kedudukan. Takde lansung diorang ni nak tunjukkan rasa simpati atau pun ehsan kepada orang lain.

Sedangkan pemimpin UMNO boleh tunjuk 'Jiwa Besar', menghormati jasa bakti Allahyarham Nik Aziz di Kelantan sehingga membuatkan mereka tidak bertanding dalam PRK DUN Chempaka.

Malangnya, PAS ni nama je parti yang nak memperjuangkan. Tapi, sifat peribadi dan perwatakan pemimpin - pemimpin parti tu sedikit pun tidak menggambarkan yang diorang benar - benar memahami Islam.

Maka sebab itulah mereka tetap jugak nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin walaupun tindakan itu boleh dianggap tidak menghormati Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Yang lebih menghairankan kita ialah mengenai dakwaan puak - puak PAS tu terhadap pihak Kerajaan. Diorang kata, Kerajaan Barisan Nasional ni suka membazir duit tak tentu arah dan merugikan rakyat.

Habis, yang diorang sibuk sangat nak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni menda kejadahnya? Tak pulak diorang anggap ianya sebagai satu pembaziran duit dan tenaga?

Bila dibangkitkan soalan tu, diorang boleh pulak bagi pulak alasan, "Ini la masanya Kerajaan nak tunaikan permintaan rakyat. Macam - macam benda diorang akan beri."

Tapi, masa diorang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka tempoh hari, takde apa jugak yang diberikan kepada rakyat. Diorang mintak dari Kerajaan Barisan Nasional ada la.

Dan yang lebih kelakarnya ialah apabila PAS kata, Barisan Nasional tak bertanding dan memberi laluan percuma dalam PRK DUN Chempaka tidak membuatkan mereka menjadi sahabat.
“Memberi laluan percuma kepada PAS di PRK Chempaka bukanlah menandakan Umno sudah mengganggap PAS sebagai sahabat.” lapor The Malaysian Insider
Huh! Nampak sangat la yang puak - puak PAS ni memang jenis manusia yang tak sedar diri. Siapa yang nak bersahabat dengan diorang sedangkan DAPigs dan PKR pun dah tak pedulikan mereka?

PAS sedar atau tidak yang pada ketika ini mereka ditinggalkan keseorangan oleh puak - puak DAPigs dan PKR tu? Cuma diorang je yang terhegeh - hegeh nak cium hujung kaki DAPigs dan PKR.

Hakikatnya, puak - puak PAS tu tetap berdegil jugak nak bertanding bukan la sebab nak membantu rakyat sangat. Tapi lebih kepada sikap Sombong dan Ujub yang ditonjolkan oleh pemimpin - pemimpin diorang sendiri.

Semuanya untuk apa? Untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata. Diorang nak gunakan peluang ni untuk menghasut rakyat agar membenci pihak Kerajaan Barisan Nasional. Bukannya sebab diorang nak jaga kebajikan rakyat sangat!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Pattla najib ckp bloger kjaan bangang2...byk minum air campur semut itam agaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah langau yg tok mad ckp tu.

      Padam
  2. Standard la khawarij. Parti Agama Selam (PAS). Takde yg Islam selain dari kulit. Isi zero

    BalasPadam
  3. Ada lebih baik bn jgn bertanding kalau pas letak wakil.. Baru pr dgn dap gabra.. Biar depa lawan antara sendiri.. petrol kasi taruk.. Kita bn usha dr tepi.. Kikiki..

    BalasPadam
  4. semasa hidup pun pas tak pernah hormat orang umno...inikan pulak sudah arwah...nampak sangat umno lebih semangat keislaman nya dari pas...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping