Isnin, April 06, 2015

Peniaga Uptown tuntut janji? Bila masa pulak Si Azmin tu buat janji dengan diorang? Ada bukti ke yang mengatakan Si Menteri Besar Selangor tu pernah cakap nak siapkan projek sebelum Februari?

Mengarut betul! Macam mana pulak diorang boleh tuntut janji tu dengan Menteri Besar sedangkan Menteri Besar pun tak kenal siapa diorang? Entah - entah ahli UMNO yang menyamar kot.

Tak pun kumpulan - kumpulan ekstremis perkauman yang pernah membangkitkan isu mengenai Datuk Jelatek tu yang buat hal menghasut para peniaga tu untuk buat desakan tersebut.

Jadi, buat apa Si Menteri Besar Selangor tu nak layan tuntutan yang dibuat? Belum pasti lagi mereka yang berniaga di Uptown Shah Alam tu terdiri dari kalangan rakyat Selangor yang sah.

Lagi pun, Si Menteri Besar Selangor tu banyak lagi benda lain yang lebih penting untuk dia uruskan dari nak ambik tau tentang masalah yang dihadapi oleh peniaga di Uptown Shah Alam tu.

Isu sampah, sampai hari ini masih lagi tak selesai. Isu longkang pun macam tu jugak. Jadi, kalau MB Selangor tu sibuk nak uruskan masalah diorang je, bila isu sampah dan longkang tu nak selesai?

Tambahan pulak, Si Menteri Besar Selangor tu nak kena buat kerja tu sendiri. Korek longkang pun dia, kutip sampah pun dia. Mana dia ada masa nak selesaikan isu peniaga - peniaga tu.

Sekarang dia jugak yang kena selesaikan isu air di Selangor. Pun dah berapa lama dia tangguh dan kemudian dia batal tapi lepas tu dia kata nak buat rundingan semula? Kan banyak kerja dia tu?

Kalau peniaga - peniaga Uptown kat Shah Alam tu nak meroyan dengan Si Menteri Besar Selangor ni pun tak de faedah. Buat mengabihkan masa je melalak macam orang hilang akal.

Sebaliknya, diorang kena faham dengan beban tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh Si Menteri Besar Selangor tu. Kalau dia tak reti buat kerja sekali pun, peniaga Uptown tu tak boleh marah. Bukan dia yang hasut rakyat Negeri Selangor pilih dia jadi Menteri Besar!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ulasan nakal yang terbaik....sepatutnya perbanyakkan lagi ulasan ulasan seperti ini biar padan dengan muka dia orang. Ubah jangan tak ubah biar rebah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping