Selasa, Mei 05, 2015

Nampak gayanya kempen puak - puak Parti Angguk Saja tu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen semakin terdesak untuk menghasut rakyat demi untuk memenuhi kehendak mereka.

Walaupun bermacam - macam cara mereka lakukan sebelum ini, namun ianya masih tidak mendatangkan sebarang kesan yang cukup mendalam dikalangan rakyat dikawasan Rompin.

Usaha mereka untuk menghasut rakyat dengan isu perlaksanaan GST dilihat masih tidak mampu untuk mengubah pandangan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional secara menyeluruh.

Malah, kempen untuk 'Selamatkan Felda' juga dilihat tidak mampu untuk membuatkan peneroka - peneroka Felda membenci pihak Kerajaan yang selama ini sentiasa menjaga kebajikan mereka.

Tambah memalukan ialah apabila parti itu sendiri terpaksa menerima tamparan hebat akibat apabila pemimpin parti mereka sendiri dihalau keluar dari kawasan Felda oleh penyokong - penyokongnya.

Kehadiran Mat Syabun dikawasan Felda Keratong sebelum ini menerima kesan negatif dan ditolak oleh penyokong - penyokong yang Pro Ulama kerana dilihat tidak menyebelahi Presiden parti.

Dan tidak cukup setakat itu sahaja. penyokong - penyokong parti disekitar kawasan Parlimen Rompin ini juga turut mencurigai kehadiran Mazlan serta gerombolan ANAKnya di kawasan Felda.

Maka, apa cara lagi yang mereka mampu lakukan selain menyebarkan propaganda dari rumah ke rumah dengan menghasut penyokong - penyokong Barisan Nasional untuk tidak keluar mengundi.

Jentera perayu undi mereka bertandang ke rumah sejak awal pagi tadi membawa mesej mengenai kemenangan besar yang dimiliki oleh Barisan Nasional sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum yang lepas.

Kata mereka, "Buat apa nak keluar mengundi? BN dah konfirm menang. Tak payah nak mengabihkan masa pergi ke tempat mengundi esok. Lagi pun cuaca sejak dua tiga hari ni tak menentu".

Demikian serba sedikit bunyi kempen yang dijalankan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu yang dikesan berlaku sejak awal pagi tadi. Mereka mengharapkan jumlah keluar mengundi turun.

Semuanya demi untuk memastikan agenda mereka tercapai iaitu untuk menunjukkan KONONnya rakyat menghantar mesej jelas dengan menurunkan jumlah majoriti yang dicapai oleh Barisan Nasional.

Hakikatnya, PAS sekarang dah semakin terdesak. Mereka dah mula dibayangi keKALAHan dan keGAGALan didalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini. Maka sebab itu diorang mula menghasut rakyat dengan buat propaganda bertaraf Longkang sedemikian!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping