Buat sekian kalinya, kenyataan yang dibuat oleh YAB Menteri Besar Pahang ini memang tepat pada sasaran. Jelas, MB Pahang ni tidak membuat kenyataan yang hipokrit dalam Politik.
Selain mengakui penurunan jumlah majoriti yang dicapai oleh Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini, MB Pahang dilihat jujur dalam memberikan ulasannya.
Dan memang kita sendiri akui, ada beberapa isu yang tidak dapat ditangani oleh jentera Barisan Nasional terutama sekali isu yang boleh dianggap sebagai isu Nasional. Bukannya isu setempat.
Antara lain, isu yang menjadi senjata utama puak - puak PAS tu ialah mengenai perlaksanaan cukai GST yang sengaja diputar-belit untuk mengelirukan rakyat secara berterusan.
Kata YAB Menteri Besar Pahang, pada ketika ini, jentera Barisan Nasional tidak menggunakan aplikasi yang sesuai dan berkesan untuk menjelaskan isu berkenaan kepada rakyat.
Walaubagaimana pun, perkara itu memberikan satu kelebihan kepada puak - puak PAS untuk terus menghasut rakyat dengan pelbagai bentuk penyelewengan fakta berhubung isu tersebut.
"Kalau tak boleh menangkan hati mereka, kelirukan mereka. Itu strategi pembangkang," katanya.
Oleh yang demikian, pihak Kerajaan perlu menyediakan satu mekanisme yang khusus bagi memberikan penerangan dan penjelasan bagi perlaksanaan cukai GST agar rakyat mudah terima.
Terutama sekali dalam isu berkaitan dengan Kad Tambah Nilai Prabayar yang dikenakan oleh pihak syarikat Telco. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mereka.
Berhubung sokongan dan jumlah undi yang diterima oleh puak - puak PAS tu, MB Pahang kata parti itu hanya dapat undi dari kalangan mereka sendiri dan bukannya dari kalangan orang luar.
"PAS akan dapat undi penyokong mereka, undi mereka tidak berubah, sekitar 15,000 undi... BN turun kerana peratusan keluar mengundi. Kalau cuti selepas mengundi, ianya berbeza," katanya.
Dalam erti kata mudahnya, PAS perlu belajar untuk terima hakikat bahawa rakyat di masih tidak memberikan kepercayaan kepada parti tersebut. Sebaliknya bak kata MB Pahang, "Majoriti tetap majoriti". Barisan Nasional TETAP KEKAL di Parlimen Rompin!!!
Tok Nan boleh cakap apa saja,tapi prestasi BN/Umno di Rompin memalukan,kalau saya jadi Tok Nan saya mengambil tanggung jawab itu dan bersedia utk memberi laluan kepada orang lain utk mentadbir Pahang.Semasa Rompin di bawah TSJJ,pemimpin peringkat negeri tidak begitu ambil peduli dgn rakyat Rompin ,terutamanya yg di pendalaman,macam juga pihak berkuasa negeri tidak ambil peduli dgn CHighland.Sekarang Rompin mengalami runtuhan wibawa politik Umno,berbanding CH yg mengalami runtuhan tanah.
BalasPadamPendapat saya ,manusia ni tak pernah tahu bersyukur dan berterima kasih lebih2 lagi mereka yang mengundi PAS kerana tanpa UMNO dan BN ,mereka yang tinggal di Rompin tu belum tentu ada rumah dan tanah.Mereka tak tahu betapa beruntungnya dengan wujudnya Felda hidup mereka terjamin.Tapi sayang seribu sayang tangan yang menyuap rezeki pada mereka ,tangan itu juga yang mereka gigit.Ingatlah Allah tu melihat setiap perilaku kita semua,siapa yang tahu bersyukur Allah akan tambah nikmat tapi jika sebaliknya ,tunggulah .......
BalasPadamYg atur mereka masuk Felda dulu pun menteri dari Pas,jadi mereka masuk org mereka lah.Sebenarnya kerajaan Perpaduan di zaman Tun Razak dulu banyak menguntungkan Pas,tapi Umno yg mereka persalahkan .
Padamsaya rasa kalau keratapi lambat atau rosak bukan tukar rel nya tapi tukar pemandu gerabak atau kepala gerabak tersebut
BalasPadam