Selasa, Disember 22, 2015

Alahai!!! Kesian betul dengan nasib yang menimpa Si Khalid Ibrahim tu. Tak habis - habis musibah menimpa diri dia sejak dia dipecat dari jawatan Menteri Besar Selangor oleh PKR sebelum ini.

Bukan setakat dia ditendang oleh parti dia sahaja, malah keahlian dia sebagai ahli PKR juga turut digugurkan. Sekarang, dia menjadi 'Punching Bag' oleh puak - puak PKR tu di Selangor.

Asal ada benda salah je yang berlaku di Selangor tu, pasti dia jugak yang akan dipersalahkan walaupun perkara itu adalah tugas dan tanggungjawab Si Menteri Besar Selangor yang baru sekarang ni.

Tapi, dek kerana Si Menteri Besar Selangor yang baru tu jenis manusia yang tak bertanggungjawab dan tak reti nak menjaga amanah, maka sebab itulah dia suka tunding jari pada orang lain.

Dan kali ini, Si Menteri Besar Selangor tu telah menggunakan alasan yang lebih ekstrem dari yang biasa dilakukan. Dia bukan sahaja menunding jari dan menyalahkan Khalid Ibrahim sorang.

Untuk sekian kalinya, Si Menteri Besar Selangor tu diingatkan supaya tidak menggunakan nama Istana sebagai alasan bagi meluluskan projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.7 juta itu.

Ingatan itu dibuat Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa alasan yang diberikan Azmin itu menyerupai sikap pimpinan Barisan Nasional.
“Azmin melalui kuncu - kuncunya sejak semalam menyebarkan mesej khususnya melalui aplikasi WhatsApp menyatakan bahawa projek tersebut diluluskan oleh (Tan Sri) Khalid Ibrahim (bekas menteri besar).
“(Malah) ia kehendak Sultan maka terpaksa diteruskan dan jangan khuatir dengan jumlah nilai projek kerana kerajaan negeri hanya mendahulukan wang kerajaan dan ia akan diganti kemudian dengan wang kutipan derma.
“Pertikaian saya bukan pasal siapa lulus tetapi jumlah yang membazir dan tolonglah jangan buat perangai UMNO guna nama Istana untuk berselindung,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Apa yang jelas, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat sanggup melakukan apa sahaja bagi menutup penyelewengan dan kepincangan yang berlaku didepan mata kepala dia sendiri. Jadi, tak heran la kenapa ada yang menggelarkan Si Menteri Besar Selangor tu "Cap Ayam"!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping