Ahad, Disember 20, 2015

Runsing dengan kemerosotan peratusan sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu terhadap PAS pada masa ini berbanding keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, pemimpin senior PAS mengajak partinya supaya berani membuat keputusan dengan menyertai Pakatan Harapan. 

Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS tidak harus bersendirian pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) serta menolak kewujudan dua kumpulan pembangkang pada pilihan raya yang bakal berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang. 

Menurutnya, pencapaian PAS pada PRU14 kelak bergantung kepada sejauhmana parti itu berjaya mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu melalui penyertaan dalam Pakatan Harapan.

Sebaliknya, ujar Mahfuz, situasi politik semasa menyaksikan orang Melayu sendiri menolak pendekatan politik bersendirian jika PAS memilih untuk bersikap sedemikian. 

Mempersoalkan kemungkinan PAS akan menyambut pelawaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalinkan kerjasama politik dengan parti itu bagi menggembleng sokongan pengundi Melayu, beliau berharap tahun 2016 sebagai langkah kanan untuk perubahan. 

Mengulas laporan hasil soal selidik Merdeka Center berhubung sokongan terhadap parti-parti politik kerajaan dan pembangkang, beliau mengakui terkejut dengan pola kemerosotan peratusan sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu kepada PAS berbanding keputusan PRU13. 

Menurut kajian badan itu pada November lalu, tahap kepuasan hati pengundi Melayu terhadap PAS adalah 42 peratus berbanding sokongan Melayu kepada PAS pada PRU13 lalu sebanyak 45 peratus. 
“Jika peratusan tahap kepuasan hati kepada PAS itu dianggap sebagai tahap sokongan semasa Melayu kepada PAS, apakah ini bermakna peratusan ini menunjukkan kemerosotan sokongan Melayu kepada PAS berbanding tahap sokongan Melayu kepada PAS pada PRU13?" 
“Ia menunjukkan kemerosotan tiga peratus sedangkan tahap tidak puas hati dan marah orang Melayu kepada Umno pula ialah 54 peratus. Apakah ini menunjukkan berlaku kemerosotan sokongan Melayu kepada PAS dan orang Melayu yang tidak puas hati dan marah kepada Umno tidak pun beralih kepada PAS?” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. 
Menurut bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu, hasil soal selidik itu meletakkan PAS dalam kedudukan di peta politik pilihan raya negara yang amat tidak selesa apa lagi ketika tahap ketidakpuasan hati dan marah orang Cina kepada PAS mencecah 66 peratus. 

Kesimpulan mudahnya, Si Mahfuz Bean ni tengah Kecut Buah Kerandut bukan sebab kerana PAS hilang sokongan. Sebaliknya, kedudukan dikawasan dia sendiri yang sedang bergoyah. Tu pasal la dia berubah 360 darjah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping