Rabu, Disember 23, 2015

Heh! Kalau ikut cakap seorang Bekas Pemimpin tu, hanya orang Gila je yang sanggup bagi derma banyak - banyak macam ni waima orang yang beri derma tu ikhlas dan dia banyak duit sekali pun.

Mungkin masa dia jadi pemimpin dulu, takde orang yang sudi nak bagi derma sebanyak itu kot. Maka sebab itulah dia fikir ianya tak logik jika ada pihak yang nak beri derma sebanyak itu.

Tapi herankan. Kenapa Bekas Pemimpun tu tak menjadikan soal 'Derma' sebanyak RM 9.7 juta ni sebagai satu isu untuk dipertikaikan sedangkan dia ada hubungan baik dengan MB Selangor tu?

Bahkan, isu mengenai projek pintu gerbang itu juga turut dipertikaikan oleh Si Chagubard yang selama ini menjadi 'Pengutuk Tegar' Bekas Pemimpin berkenaan:
"Dalam perihal pintu gerbang yang projek naik taraf, (facelift) sahaja RM9.7 juta. Isu cuba dialihkan dengan kononya ia diluluskan Khalid Ibrahim yang sudah setahun lebih pun digulingkan.
"Setelah gagal menggunakan alasan diluluskan dalam dewan maka ada usaha kuncu Azmin mengaitkan nama Sultan Selangor kononya ia kehendak Sultan. 
"Malah lebih lucu ada kuncu Azmin menjawab jangan gusar dengan jumlah RM9.7 juta itu kerana kerajaan hanya mendahulukan duit yang mana selepas ini ia akan diganti dengan duit derma orang ramai yang mana nama mereka akan ditulis di tiang gerbang. Jenaka kelas apakah ini?"
Dan yang menjadi persoalannya, kenapa isu - isu lain yang masih lagi menyelubungi pentadbiran Si Menteri Besar Selangor tu pada ketika ini tidak menjadi agenda utama kepada Bekas Pemimpin berkenaan?

(PS: Dalam blog Si Chagubard tu pun ada cerita pasal 'Hubungan Sulit' diantara Si Menteri Besar Selangor dan Bekas Pemimpin berkenaan. Cuba baca kat sini)

Sebaliknya, mereka kelihatan lebih 'Mesra' dari biasa. Hubungan intim tu tersebar didalam laman media sosial sehingga membangkitkan kecurigaan serta kekeliruan dikalangan rakyat.

Tinggal lagi, kita respek jugak la dengan Si Menteri Besar Selangor ni. Setidak - tidaknya, dia belanja Dana Rakyat dulu untuk buat projek, kemudian baru dia kutip balik dari rakyat. Tidak la macam Si Husam tu. Kutip duit, tapi projek satu hapah pun dia tak buat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. itu lah kehebatan pkr yang belum diketahui umum, bukan bn/umno sahaja orang mahu derma sebaliknya pkr lagi hebat , orang sanggup derma hampir 10juta cuma nak buat naiktaraf pintu gerbang saja, hebat... nanti pula bn / umno akan lawan berebut cari derma lebih dari 10 juta pula , cuma untuk buat tandas awam bertaraf 10 bintang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping