Isnin, Februari 15, 2016

Aduhai!!! Susah betul nak melayan awek Gediks sorang ni. Mentang - mentang la dia ada jawatan tinggi, tapi tahap pemikiran masih lagi jumud macam dulu juga. Suka melatah tak tentu arah.

Tu baru orang 'Cuit' sikit. Dah dia meroyan macam orang hilang akal. Kalau betul - betul orang dedahkan bukti, mau dia masuk ke Pusat Pemulihan Mental di Tanjung Rambutan dibuatnya.

Berkaitan dengan isu ada ahli atau pemimpin parti "Kuali" Si Mat Sabu tu keluar dan masuk balik PAS pun dia nak pelik sangat. Kecoh dok mintak orang berikan bukti dan tidak bercakap saja.

Padahal, fenomena pemimpin atau ahli keluar masuk parti ni bukannya satu perkara yang boleh dianggap 'Luar Biasa'. Benda tu dah kerap kali berlaku. Yang dia nak pelik sangat kenapa?

Sedangkan pemimpin parti dia sendiri pun dah buat kenyataan, sekiranya benar ada pemimpin atau ahli yang keluar parti, mereka tak gusar mengenainya dan menganggap ianya biasa.

Tapi lain pulak dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Wanita parti 'Kuali' Mat Sabu ni. Dia pulak yang beria - ia nak mintak PAS membuktikan dakwaan yang disebarkan sebelum ini.
"Kita mahu tahu berapa ramai ahli PAN yang didakwa kembali ke pangkuan PAS itu, kita juga mahu melihat permohonan mereka yang didakwa keluar PAN," katanya yang dipetik Sinar Harian.
Dakwaan itu membuktikan bahawa Ketua Wanita parti 'Kuali' Si Mat Sabu tu TAKUT dengan bayang - bayang sendiri. Sebab itu la dia menggelupor tak tentu arah macam Ayam Berak Kapur.

Yang herannya, masa dia dan rakan - rakan lain keluar meninggalkan PAS sebelum ni, takde pulak dia nak rasa pelik. Sebaliknya, dia kata itu satu bentuk amalan Demokrasi. Tapi bila ahli parti dia buat tindakan sedemikian, dia nak meroyan pasal apa pulak!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. meroyan la sbb ahli partinya tak brapa ramai. dah u turn plk memang menggelupur la.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping