Rabu, Februari 03, 2016

Heh! Kalau semalam beria sangat dia menggelupor nak ambik tindakan dengan mengatakan kononnya dokumen MAIJ tu satu fitnah. Sekarang, berani tak dia nak ambik tindakan tersebut?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, pihak Kerajaan Negeri Johor menjelas bahawa dokumen yang tersebar dilaman Facebook sebelum ini adalah benar dan ianya memang sah.
PETALING JAYA: Kerajaan Johor mengesahkan dokumen larangan terhadap 16 penceramah bebas di Negeri itu sebagai sah dan sudah dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam Negeri.
EXCO Agama Negeri Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim dalam kenyataan terbarunya kepada FMT hari ini mengesahkan bahawa beliau menjunjung titah yang diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar itu.
“Kerajaan Negeri Johor menjunjung setinggi-tinggi titah ini. Ini untuk mengelakkan umat Islam Johor dari terkeliru dari ajaran Islam sebenar.
“Pihak Jabatan Agama Islam Johor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penceramah yang tidak dibenarkan serta penganjur yang menganjurkan acara melibatkan mereka,” kata beliau.
Maka persoalannya, apa tindakan yang nak diambil oleh Mufti Perlis tu? Adakah dia nak ambik tindaksn seperti mana yang dinyatakan sebelum ini atau sebaliknya akur dengan ketetapan tersebut? Selebihnya, korang fikir la sendiri.

PS: Nasihat mudahnya, lain kali semak dulu cerita sebenar. Jangan menggelupor buat tuduhan tak tentu arah!!!
Categories:

6 ulasan:

  1. MAZA pemikirannya memang cukup bahaya.. ibarat ular menyusur akar. MAZA seorang ekstrimis agama yang berselidung dengan nama Salafi. Puak yang mendakwa Salafi ini sering berasa diri mereka sahajalah mulia dan paling Sunnah!

    Jadi timbul gerakan mem bidd'ah umat Islam lain yang tak sealiran dengan mereka. MAZA yang dikenali debagai WAHABI Totok ini mempunyai ciri2 pemikiran dan tindakan Khawarij.. iaitu akan berseteru dengan siapa yang tidak bersama aliran pemikiran mereka!

    So syabas Mufti Johor kerana tegas dan berani berbanding negeri lain yang membiarkan MAZA dan pengaruh Wahabi ini berkembang!

    BalasPadam
  2. Engkau pun lain kali semak dulu cerita sebenar. Nampak benar gelojoh. Asri tak kata dokumen tu tipu, dia kata alasan dia kena ban tu yg fitnah. Tp zaman internet sekarang ni ban ban ni tak efektif dah. Lagi popular adelah. Biasalah yg dilarang tulah yg nak dicuba. Kerajaan ke, jabatan agama ke, kena cerdik sikit, sekat sekat ni kadang kadang senjata makan tuan.

    BalasPadam
  3. No to wahabi in Johor. And no to salafi ngaku ngakuan in Johor.
    Johor hanya terima Salaf sebenar dan Khalaf (Maturidiyah-Asha'irah) sahaja.

    BalasPadam
  4. 9.20 sama kepala otak dia dgn maza

    BalasPadam
  5. 11.44
    Aku cakap yg benar, tak tahu baca ke? 1. Memang asri tak pertikai surat sekatan tu, yg dia pertikai alasan kena sekat. Org mcm kau la yg jadi pendakwa syarie selangor sebabkan asri menang kes. Tuduh tak tentu pasal tak kenal kawan ke lawan, bingai. Tu psl wahabi makin meluas, byk org mcm ko, membantu tidak, merosak lagi adelah.
    2. Kan ke yg 16 ni makin femes, ramai nak tahu psl kena sekat. Sebelum ni mungkin asri dgn fatulbari je kot, pasal tu masuk paper name 2 org ni je. Aku pun tak kenal yg lain2 tu. Tengok anwar ibrahim, sejak masuk jel dan tak diberi publisiti org ramai dah lupa pun. Sama gak kes sarawak report, kalau tak sekat hari tu orang tak tau, tapi sekarang dah femes dan ramai pecaya fitnah. Tu pasal aku cakap nak lwn kena pakai akai, bingai.

    BalasPadam
  6. 2.23 kepala otaknya sama dgn maza

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping