Rabu, Februari 10, 2016

Kah! Kah! Kah! Memang kelakar betul tengok Si Rafizi ni menggelupor tak tentu arah bila bercerita pasal isu Tabung Haji ni. Panas jugak punggung dia nak menjustifikasikan kedudukan dia.

Soalnya, apa lagi yang Si Rafizi tu tak puas hati? Bukan ke sebelum ni dia BERJAYA menghasut Pencacai Pakatan Haprak tu untuk mengeluarkan semua duit simpanan mereka?

Jika dilihat dari satu sudut, usaha Si Rafizi tu boleh dianggap sebagai satu KEJAYAAN BESAR dalam karier Politik dia setakat ini. Takkan itu pun Si Rafizi tu masih tak merasa bangga lagi?

Bayangkan! Dek kerana termakan dengan hasutan yang dibuat oleh Si Rafizi tu telah menyebabkan Pencacai Pakatan Haprak tu mengosongkan semua duit dalam akaun Tabung Haji mereka.

Malah, ada juga yang sampai sanggup menggadaikan peluang untuk pergi menunaikan ibadah Haji walaupun giliran dia sudah tiba hanya semata - mata termakan dengan hasutan Si Rafizi tu.

Jadi, kenapa pulak Si Rafizi tu masih lagi nak mempertikaikan soal pemberian Bonus Tahunan sebanyak 8 peratus yang telah diumumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji baru - baru ini?

Adakah pertikaian Si Rafizi tu dilakukan atas dasar tanggungjawab kepada rakyat ATAU sekadar nak tutup kemaluan dia yang dah terdedah sebelum ini berhubung isu akaun Tabung Haji dia?

Hakikatnya, pertikaian yang dibuat oleh Si Rafizi tu nampak tak masuk akal apabila dia mendakwa kononnya pengumuman yang dibuat oleh Tabung Haji tu hanya sekadar 'Wayang' semata - mata.

Kononnya Si Rafizi tu kata, kedudukan kewangan Tabung Haji pada ketika ini tidak seperti mana yang diumumkan. Katanya, Tabung Haji boleh mengalami kerugian sebanyak RM 3.195 billion.
"Jika kerugian akibat kejatuhan harga saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan keuntungan yang diumumkan oleh Jamil Khir,” katanya lagi.
Itu 'JIKA'. Soalnya sekarang, adakah pendeposit tak dapat Bonus Tahunan tersebut? Cuba semak akaun masing - masing. Dapat tak duit Bonus Tahunan seperti mana yang telah diumumkan?

Dan kalau Si Rafizi tu berani, dedahkan akaun Tabung Haji dia kepada umum. Adakah dia tak dapat hasil Bonus Tahunan yang dikatakan mencecah hampir RM 25 ribu tu? Kalau dapat, apa dia nak buat?

Adakah Si Rafizi tu akan membiarkan duit simpanan tu terus kekal didalam Tabung Haji ATAU dia Berani sahut cabaran yang dibuat, "Kosongkan Akaun Dia Dalam Tabung Haji Tanpa Meninggalkan Seposen Pun". Kalau setakat berani cakap je, baik tak payah!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Manusia yg dilaknati...muka SIAL

    BalasPadam
  2. rafizi ni slalu buat silap sbb gopoh dlm membuat tuduhan...kena tapis dulu klu dgr brita drpd si fizi ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping