Khamis, Februari 25, 2016

Haduyai! Letih betul tengok perangai dan peel dikalangan orang yang mendakwa diri diorang cerdik dari orang lain ni. Kalau kita kata diorang ni BODOH, ada pulak yang marah tak tentu arah.

Tapi hakikatnya, segala tindakan dan kenyataan yang dibuat memberikan gambaran seolah - olah diorang Tak Cerdik biarpun ada dikalangan mereka yang dah berpuluh - puluh tahun jadi pemimpin.

Dan apa yang lebih menyedihkan ialah apabila perkara sedemikian dilakukan oleh pemimpin - pemimpin UMNO sendiri. Dah lama dah jadi pemimpin, tapi perangai macam budak hingusan.

Macam baru semalam diorang ni jadi pemimpin. Walhal, budak muda yang baru jejak kaki dalam gelanggang Politik pun tau apa yang patut dan tak patut diorang buat. Inikan pulak pemimpin diperingkat atasan.

Realitinya, rakyat dah muak tengok tindakan yang dilakukan oleh pemimpin - pemimpin berkenaan. Rakyat melihat seolah - olah diorang ni hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi je.

Lepas satu persatu isu dibangkitkan yang hanya sekadar membuat rakyat pening kepala. Maka sebab itu diorang muak tengok gelagat pemimpin yang asyik berbalah sesama sendiri ni.

Bab soal nak menjaga kebajikan rakyat ni pulak dilihat seolah - olah telah diabaikan begitu sahaja. Yang lebih diberikan perhatian, soal nak memburukkan sesama sendiri. Loya tekak dibuatnya.

Kalau tengok sejak akhir - akhir ni, makin Ghairah pulak diorang bogel membogelkan sesama secara terbuka. Terutama didalam laman media arus perdana dan juga laman media sosial.

Yang menjadi persoalannya dikalangan rakyat, apa yang bermain dalam kepala otak pemimpin - pemimpin ni gamaknya ye? Apa yang mendorong diorang untuk bertindak sedemikian rupa?

Adakah mereka mempunyai dendam peribadi sesama sendiri? Atau, adakah diorang hanya setakat nak menjaga kepentingan Politik Peribadi semata - mata? Itu ke amalan Politik yang sebenar?

Adakah diorang berpendapat, dengan cara membogelkan orang lain tu dapat memberi kemenangan dan menambah keyakinan rakyat terhadap mereka? Mampu ke itu memberi kemenangan kepada UMNO?

Dan yang menambah-burukkan lagi keadaan, bila wujudnya berpuak - puak. Orang yang sokong Si A, bogelkan Si B. Hasut rakyat membenci Si B dengan mendedah semua skandal Si B secara terbuka.

Yang sokong Si B pulak, burukkan Si A. Habis semua kisah - kisah lama Si A diungkit dan dibangkitkan. Penyudahnya, semua berbogel belaka. Itu ke cara UMNO nak menang Pilihan Raya?

Yang dibawah ni macam nak mati mempertahankan parti, memperjuangkan agenda dan dasar parti. Tapi yang kata atas semuanya perangai mengalahkan budak baru pandai berjalan. Padahal, umur semuanya dah tua - tua belaka. Tu pun masih tak sedar jugak ke!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping