Ahad, Februari 07, 2016

BAGI sesiapa yang perasan, sesuatu aneh cuba disembunyikan malah disenyapkan ramai pemimpin pembangkang ialah kisah kejayaan Tabung Haji (TH) mampu mengumumkan bonus pada 4 Februari tanpa apa-apa masalah.

Bayangkanlah sebelum tarikh itu, pihak pembangkang dengan angkuh hebat menyeru umat Islam di negara ini yang menyimpan di institusi tersebut segera mengeluarkan simpanan mereka konon TH bakal hancur muflis.

Begitulah hebat jentera siber mereka aktif menyebarkan dakyah jahat dan maklumat palsu mengenai keupayaan sebenar TH menyebabkan ramai orang tua di kampung dlaporkan sanggup menutup akaun masing-masing.

Sebenarnya isu ini sudah bermula awal tahun lalu apabila ada pegawai TH yang tidak amanah mendedahkan rancangan agensi itu membeli hartanah di Tun Razak Exchange yang bernilai RM177 juta terus daripada 1MDB.

Sebenarnya pembelian itu lebih bersifat strategi perniagaan bahkan segala transaksi dibuat cukup telus, patuh syariah dan beraudit, namun kerana ia melibatkan 1MDB yang dimomok bermasalah, maka TH dituduh GILA!

Ketika itu pemimpin terkenal PKR, Rafizi Ramli jadi juara rakyat sehinggakan segala pencerahan diberi Pengerusi TH, Datuk Seri Azeez Rahim dianggap sebagai tipu, temberang, bodoh, tiada otak dan apa sahaja yang buruk.

Rafizi malah dengan bongkak pada 21 Mei 2015 berkata dia akan saman TH kerana cuba gadai deposit penyimpan dan menjadikan duit simpanan ‘orang miskin’ berbilion ringgit itu sebagai cagaran untuk menyelamatkan 1MDB.

Terbaharu bulan lalu, pemimpin DAP, Nga Kor Ming dedah konon satu surat rahsia Bank Negara Malaysia kepada TH menyatakan rizab institusi itu sudah sifar dan dipercayai jutaan umat Islam khasnya yang tegar antikerajaan.

Malang sungguh apabila propaganda fitnah pembangkang menyaksikan semua pejabat TH di seluruh negara diserbu umat Islam yang marah dengan kerajaan dan segera mengeluarkan simpanan mereka tanpa fikir panjang.

Ada buat kempen menerusi media sosial selain pasang sepanduk kecam TH atau bergambar depan pejabat TH beramai-ramai menunjukkan isyarat ibu jari terbalik sebagai tanda mereka hilang kepercayaan kepada agensi itu.

Maka gembiralah pembangkang yang memang diketahui ada agenda tersirat mahu tutup institusi ternama umat Islam dengan cara pembunuhan karakter melalui pelbagai label jahat secara berterusan tanpa henti 24 jam sehari.

Ironi, rancangan busuk pembangkang akhirnya terbukti tidak benar, bukan kerana pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pada 3 Februari yang tidak dilaporkan secara luas oleh portal propembangkang.

Sebaliknya keesokan hari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bonus sebanyak lapan peratus hasil perolehan tertinggi dicatatkan dalam tempoh 52 tahun TH ditubuhkan.

Siapakah yang untung? Untuk rekod, berdasarkan akuan bersumpah Rafizi pada 10 Mei 2015, beliau memang menyimpan RM464,372 dalam akaun TH miliknya sendiri sekali gus memperoleh dividen berjumlah RM23,690.

Sekali lagi, mana pemimpin pembangkang yang selama ini beria-ia benar dakwa TH akan muflis? Sanggupkah mereka pergi berdiri di depan pejabat TH berkempen: “Ayuh Tutup Akaun Anda – TH Bakal Hancur Bankrap!”

Apa yang pasti, kisah TH memberi pengajaran kepada ramai pentaksub pembangkang yang sanggup berbuat apa sahaja waima tindakan mereka sebenarnya bakal menjahanamkan diri sendiri dan menguntungkan musuh Islam.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Betul ke TH terpaksa jual asset di UK semata2 utk menafikan dakwaan Rafizi dan Bank Negara ? Supaya boleh bayar dividen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. khbar2 angin tuuuu...

      rafizi si BUDAK GURAU SENDA tu ko bole percaya ker?
      kehkehkeh

      hdup bole smpan duit dlm TH dgn AUTA dia tu
      kahkah

      Padam
    2. Percaya ke kamu pada Rafizi? Aku kerat 10 pun tak percaya sipondan ni.

      Padam
  2. Piji yg untong..org kg..masuk angin kluar asap..suruh org lain tutup acc..duit dia dlm TH bertambah lg..
    Hampeh betoi kau piji.

    BalasPadam
  3. doh memang perangai orang melayu ...dengor guroh dilangit air tempayang habis dicuranya...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping