Jumaat, Februari 12, 2016

Pusing bang, Pusing!!! Selagi boleh pusing cerita, itulah perkara yang akan dilakukan oleh Si Rafizi tu bagi menjustifikasikan dakwaan yang dilemparkan terhadap Tabung Haji sebelum ini.

Semuanya hanya kerana Si Rafizi tu dah hilang kemaluan apabila jumlah simpanan dia yang mencecah hampir sebanyak RM 500 ribu didalam akaun Tabung Haji tu didedahkan kepada umum.

Kali ini, Si Rafizi tu cuba menggunakan jawapan berkaitan dengan rizab institusi kewangan Islam tu sebelum ini dan mendakwa Tabung Haji tidak menafikan rizab negatif yang dialaminya.

Soalnya sekarang, walaupun mengalami rizab Negatif, adakah duit pendeposit yang menyimpan dalam Tabung Haji itu berkurangan? Terjejas atau pun tidak simpanan mereka?

Itu persoalan utama yang perlu dijelaskan. Tapi nampak gayanya Si Rafizi tu hanya menumpukan perhatian kepada pemberian Bonus Tahunan yang diberikan oleh pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji tu sahaja.

Hakikatnya, pihak Lembaga Pengurusan Tabung Haji masih lagi mampu untuk memberikan Bonus Tahunan selama dua tahun berturut - turut.

Tahun lepas, Tabung Haji bagi Bonus Tahunan sebanyak 6.25 peratus dan Bonus Haji sebanyak 2 peratus. Tahun ini, Tabung Haji bagi 5 peratus Bonus Tahunan dan 3 peratus Bonus Haji.

Kalau Tabung Haji ni takde duit seperti yang didakwa oleh Si Rafizi tu, bagaimana diorang mampu memberikan Bonus Tahunan serta Bonus Haji sebelum ini? Takkan duit tu turun dari langit!!!

Bahkan, Si Rafizi tu sendiri pun turut menikmati faedah hasil dari pemberian Bonus Tahunan tersebut yang dikatakan telah hampir mencecah sebanyak RM 25 ribu bagi tahun 2015.

Maka persoalannya, kenapa Si Rafizi tu tak kosongkan duit simpanan dia didalam Tabung Haji yang berjumlah hampir sebanyak RM 500 ribu tu jika benar dia hilang kepercayaan terhadap institusi kewangan Islam tersebut? Atau, adakah Si Rafizi tu setakat pandai bercakap je!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Inilah manusia yang berani dan tidak tak takut. Aku respek dia. Dia berani terhadap Allah. Tidak takut menaburkan fitnah dan bohong. Tidak takut dosa. Tidak takut hukum Allah. Prinsipnya nanti dah tua boleh bertaubat. Bertaubat pada Allah tapi lupa dosanya dengan manusia.

    Tapi jangan lupa, Allah boleh membayar cash bila2 masa saja.

    BalasPadam
  2. si rafizi ni pun satu...klu ya pun krjaan ada kelemahan pastikan dulu yg hang nak tuduh tu betul2 ada bukti kukuh. klu tak org panggil fitnah namanya.

    BalasPadam
  3. Fitnah makanan dan mainan manusia zaman sekarang..Dah tak takut kesannya....Bila di sana nanti ..subhanallah..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping