Isnin, Mac 14, 2016

Hahaha!!! Memang lawak betul baca kenyataan Si Mat Sabu ni. Nampak gayanya, sejak menjadi Presiden parti Kuali tu, tindakan Si Mat Sabu ni semakin hari semakin 'Kurang Cerdik'.

Kalah Si Mahfuz Bean bila kita tengok gelagat dan kenyataan Si Mat Sabu ni. Hari tu, dia buat lawak dengan melempar 'Mikrophone' sewaktu menyampaikan ucapan diatas pentas ceramah.

Sampai tahap Si Mat Sabu tu dilabelkan sebagai 'Mike Sabu'. Kali ini, kenyataan yang dibuat mengenai pihak yang mempertikaikan deklarasi Pakatan Haprak tu juga dianggap sebagai bahan lawak.

Mana tidaknya. Dalam kenyataan yang dibuat, Si Mat Sabu tu kata, sesiapa yang menentang perjuangan Tun Mahathir akan dianggap sebagai 'Pengecut' dan dianggap 'Lebih Teruk dari Pondan'.
"Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondanDan konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen," katanya.
Hehehe!!! Baca kenyataan itu sahaja boleh buat kita ketawa berdekah - dekah. Kot selama ini pun, Si Mat Sabu tu mana pernah menyokong Tun Mahathir. Baru tak sampai sebulan je dia sokong Bekas Perdana menteri tu.

Sewaktu Tun berkempen untuk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, bukan ke Si Mat Sabu tu juga pernah menghentam Tun Dr. Mahathir dalam siri ceramah dia?

Dalam satu ucapan pada tahun 2012, Si Mat Sabu tu mendakwa Tun Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kelantan dan Terengganu sebagai 'Mangsa Politik' dizaman pemerintahannya.
"Saya nak sentuh hal ini hampir setiap ucapan, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor (bekas presiden PAS) mendoakan supaya Dr Mahathir umurnya panjang supaya beliau dapat melihat kesilapan yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia.
"Dan sekarang beliau sedang melihat kesilapan-kesilapan yang beliau lakukan di antaranya beliau mengkhianati perjanjian Petronas dengan kerajaan negeri semasa kita memerintah Terenggau beliau batalkan perjanjian. Diikui dengan Kelantan, tak dapat elak..." katanya. - sumber
Padahal pada ketika itu, Tun Mahathir bukan lagi merupakan pemerintah. Sebaliknya hanya "Orang Pencen" yang menyokong Barisan Nasional yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri.

Itu baru satu contoh. Kalau nak disenaraikan semua, mau berjela - jela maki hamun dan sumpah seranah Si Mat Sabut pernah hamburkan kepada Tun Mahathir walaupun dia dah jadi 'Rakyat Biasa'.

Maka, kesimpulannya mudah. Kenyataan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu wajar dianggap sebagai pengakuan secara terbuka bahawa dia selama hari ini adalah seorang "PENGECUT" dan boleh dianggap "Lebih Teruk dari PONDAN" kerana menentang orang Pencen!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. sejak jadi ketua pan nampaknya mat sabu ni cakap merapu rapu la...apa nk jadi ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping