Ahad, Mac 13, 2016

Bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan cara pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang menerima bulat-bulat Deklarasi Rakyat yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Meluahkan rasa kesalnya, beliau yang dikenali dengan gelaran Ghegubard berkata, sifat gopoh pimpinan pembangkang yang terus menjalinkan kerjasama dengan bekas pemimpin Umno itu menunjukkan mereka terlalu obses untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kita tidak boleh menyorok rasa kesal kita kerana bila pemimpin menggunakan nama rakyat tetapi tidak merujuk kembali kepada rakyat sebelum buat keputusan dengam berbincang, kamu sudah putuskan.
"Mana mungkin, kamu dah putuskan lepas itu baru nak bagi penjelasan kepada rakyat tidak mungkin begitu," katanya dalam majlis Gerakan Rakyat Tolak Reformasi di ibu negara malam tadi.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Akin bahawa PH akan membuat sesi Jelajah Deklarasi Rakyat bagi mempromosikan deklarasi berkenaan.

Rancangan untuk mengadakan siri jelajah itu diputuskan ketika mesyuarat tertutup PH pada Rabu lalu.

Chegubard sebelum ini lantang menyatakan pembabitan PH dalam Deklarasi Rakyat dibawa Mahathir jelas menunjukkan gabungan pembangkang berjaya diperkuda oleh bekas perdana menteri itu.

Mengulas lanjut, Chegubard menyifatkan deklarasi yang ditandatangani beberapa pemimpin PH itu adalah untuk merealisasikan matlamat Mahathir dalam menyingkirkan Najib.
"Ini jalan mati ke arah satu jalan yang akhirnya memenangkan kelompok (pimpinan Mahathir).Ini cuma pertembungan Mahathir dengan Najib yang kita lawan dah lama, kenapa sekarang kita kena pilih salah satu, kamu tidak percaya degan kekuatan rakyat?," soal Chegubard kepada kepimpinan PH.
Semalam, Chegubard antara aktivis pembangkang yang menyuarakan kekecewaan secara terbuka terhadap kerjasama pemimpin mereka bersama Mahathir dalam Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. dah tak sabar sangat nak kuasai putrajaya tu. buat apa saja asal dpt kuasa.

    BalasPadam
  2. Najib gagal jadi boneka....kena cari boneka baru yg boleh kena sepak terajang puak penjaga lubuk emas waris dan kroni legasi 22 tahun.Sial korang!!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping