Rabu, Mac 23, 2016

Hehehe!!! Nampak gayanya isu berkaitan dengan skandal pembelian rumah mewah dibawah harga pasaran yang melibatkan Si Guan Eng tu semakin bertambah parah keadaannya.

Jika sebelum ini, Pemuda PAS Pulau Pinang tampil membuat desakan supaya Setiausaha Agung DAPigs tu bercuti dari jawatannya sebagai Ketua Menteri bagi memberi laluan kepada siasatan.

Tapi, ada pulak Macai Pengampu dari kalangan puak - puak parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu tu tampil dan mempertikaikan desakan yang dibuat oleh Pemuda PAS Pulau Pinang tu.

Alasan mereka, PAS tidak mempunyai hak untuk membuat desakan tersebut dan menggesa agar semua pihak berhenti mempolitikkan isu berkaitan pembelian rumah mewah milik Si Guan Eng tu.

Selain itu, mereka menyifatkan desakan yang dibuat oleh Pemuda PAS itu hanya disebabkan dendam parti itu terhadap DAPigs yang didakwa telah memutuskan hubungan dalam Pakatan.

Habis, macam mana pulak dengan desakan yang dibuat oleh Si Pejuang golongan LGBT ni? Adakah mereka juga akan memberikan alasan yang sama dan turut menghentam Si Ambiga ni?

Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Si Ambiga tu kata, Guan Eng perlu mengambil tindakan tersebut bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.
Presiden Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan turut tidak melepaskan peluang mendesak Guan Eng agar mengambil cuti dan menyerahkan segala tugasnya kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut Ambiga, Guan Eng perlu mengambil cuti dan berehat buat sementara waktu bagi melancarkan siasatan yang dilakukan pihak SPRM dan juga pihak PDRM.


Tambah Ambiga, siasatan perlu dilakukan segera bagi membuktikan sama ada Guan Eng didapati bersalah atau pendedahan skandal itu merupakan satu niat jahat pihak tertentu, lapor Utaranews.com
Nah! Sekarang dah semakin bertambah ramai pihak yang membuat desakan serta memberi tekanan kepada Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu melepaskan jawatan yang disandang pada ketika ini.

Persoalannya, bagaimana respon yang akan diberikan oleh DAPigs dan Pengampu - Pengampu mereka dari kalangan puak - puak parti Kuali pimpinan Si Mat Sabu tu berhubung desakan ini?

Pokok pangkalnya, Si Guan Eng tu sekarang bleh dianggap sudah terjerat dalam jerat yang dipasang oleh puak - puak Pakatan Haprak tu sebelum ini. Maka terpulang la kepada dia sama ada nak membuktikan bahawa dia benar - benar berani atau setakat pandai bercakap je!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. aduhai parti pan....pantang lge disentuh maka melalak melolonglah dibuatnya.

    BalasPadam
  2. kalau lge sangkut..parti pan mat sabun jadi mangkuk karat..tak dapat dana drp dapigs...tu pasal puak2 pan bermati2an kena pertahankan lge....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping