Ahad, Mac 13, 2016

Balu penyiasat persendirian, mendiang P.Balasubramaniam mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana menuduhnya membunuh suaminya pada 2013.

A.Santamil Selvi membuat permohonan maaf itu di pejabat Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao di sini, semalam sambil mengakui telah melakukan kesilapan itu kerana tertekan.
“Selepas kematian suami saya, PKR bawa saya pergi ceramah sana sini, masa itu saya terlepas cakap, masa itu saya betul-betul kecewa sebab Bala tiada, saya terlepas cakap Datin yang bunuh suami saya.
“Tiada siapa yang hasut saya, saya sendiri terlepas cakap, sebab saya betul-betul geram pada masa itu, keadaan kami tertekan kerana kena lari dari Malaysia, kemudian balik Malaysia, suami pula sudah tiada,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Bala berperanan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu pada 2006. Bagaimanapun Bala meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di sebuah klinik di Rawang, pada 15 Mac 2013.

Selvi juga mendakwa beliau dan keluarga telah diperdaya oleh pemimpin parti pembangkang selepas kematian suaminya dalam membantu membiayai pendidikan anak-anaknya.
“Saya dan mendiang suami saya tertipu dengan segala janji yang telah diberikan oleh pihak tertentu. Sehingga akhir hayat mendiang suami saya, mereka tidak tunaikan apa-apa yang telah dijanjikan.
“Minggu lepas saya pergi ke pejabat parti politik, saya presiden parti itu, (namun) dia kata sibuk dengan sidang Parlimen, dia kata akan hantar orang pergi jumpa saya nak bagi duit. Tapi sampai sekarang dia tak datang. Bila saya telefon, dia kata sibuk,” dakwanya.
Sementara itu, aktivis NGO itu, Ramesh pula mengakui kehadiran Sevil menemui beliau adalah untuk mendapatkan bantuan pendidikan anak-anak mendiang Balasubramaniam selepas pemimpin parti politik tertentu gagal menunaikan janji mereka.

PS: Bahananya percaya pada puak - puak Pakatan Haprak tu. Jangan kata nak bantu orang lain. ADUN dikalangan diorang sendiri yang dah separuh mati pun diorang tak peduli. Inikan pulak orang yang takde kaitan lansung dengan diorang!!!
Categories:

5 ulasan:

  1. Ayam Kat mana orang tabur dedak kat situlah dia pergi...Apa nak dihairankan RPK pun macam sekarang.

    BalasPadam
  2. CASH IS KING Al Mut ibni Al Jib. Penhujung Penyanggak Najib untuk di talkinkan bukan hanya di Malaysia. Beranikah engkau membuka topik 1MBD untuk di perdebatkan di dalam blog kamu?

    BalasPadam
  3. Al Kelakerns,
    Tak payah nak buka topik 1 MDB la,bagi Peyedut Kahak[ProTUN],Cakap apa pun tak betul....dah basi dah,dekat setahun setengah tak dapat jatuh kan Najib
    Kena kelentong dan sedfut kahak TDM ada la....kejap 42 bil ,kejap 27bil,lastx duit tak hilang,lepas itu 2.6 bil kata dari 1 MDB la ini dah bukti dari penderma...itu baru sekelumit hal 1 MDB.....pohon explain
    Ini TDM sendiri kata tak ada bukti nak seret Najib ke Makhamah....yang bengap Penyedut Kahak berkokok dan menyalak apa hal
    Nak tahu sangat hal 1MDB,baca lah Dekalari Taik Kucing para 6 hingga para 30 yang dibaca olih Ketua penyedut Kahak....biol

    BalasPadam
  4. Sejak mula ditubuhkan PKR ini mula membuat fitnah.. termasuk YB Sotong.. bau sotong kering puak puaj ni. Kaki sondol jubo

    BalasPadam
  5. Kes ni sama macam fitnah cincin jutaan ringgit. Tak kemana, pusing pusing tang situ juga. Samalah kes liwat bos kamu, kamu katakan peliwat dikenakan tahanan politik!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping