Isnin, Mac 14, 2016

Heh! Mudah sentimen orang hari ini. Asalkan ada je mana - mana pihak yang cuba 'Back-Up' Perdana Menteri, pasti orang itu akan dilabelkan sebagai 'Pemakan Dedak' atau 'Kaki Pengampu'.

Walhal yang dipertikaikan pada ketika ini ialah mengenai deklarasi yang ditandatangani oleh puak - puak Pakatan Haprak tu sebelum ini. Yang menjadi isunya ialah mengenai soal prinsip.

Atas dasar prinsip itu yang orang pertikai sebab itu yang menjadi isu utamanya. Rata - rata yang melihat, deklarasi itu dibuat atas dasar kepentingan Politik Peribadi sesetengah pihak sahaja.

Mereka meluahkan rasa kecewa dengan menegaskan bahawa deklarasi itu dibuat bukan untuk 'Selamatkan Malaysia'. Jauh sekali ianya untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

Bahkan mereka juga turut berpendapat, mereka yang menandatangani deklarasi itu ada agenda yang tersembunyi dan bukan hanya sekadar mahu mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Pandangan itu bukan sahaja dizahirkan oleh pemimpin - pemimpin UMNO atau Barisan Nasional semata - mata. Tetapi turut dinyatakan oleh rakyat kebanyakkan diperingkat bawahan.

Demikian juga dengan pandangan golongan Profesional yang juga turut melahirkan rasa curiga mereka terhadap deklarasi yang dibuat. Terutama dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Profesor Dr. Jeniri Amir ni. Dia pun memberikan pendapat bahawa deklarasi yang dibuat berdasarkan agenda 'Kepentingan Peribadi' itu tidak akan berjaya.
"Saya tidak percaya Deklarasi Rakyat yang ternyata ada agenda peribadi dan agenda lama Tun Mahathir terhadap Najib ini akan mencapai kejayaan dalam waktu singkat.
"Seperti pada PRU pada 2008 apabila akhirnya Barisan Nasional hilang 2/3 kerusi dan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) tersungkur dari kerusi Perdana Menteri," katanya kepada Antarapos.
Bermakna dalam erti kata lainnya, gerakan nak menjatuhkan Perdana Menteri pada tahun 2008 itu yang menjadi diantara punca utama Barisan Nasional hilang Majoriti 2/3 di Parlimen.

Pokok pangkalnya, Prinsip asas kepada deklarasi itu, nak menjatuhkan Perdana Menteri tu sahaja dah tidak betul walaupun dikalangan pemimpin UMNO yang menandatangani deklarasi itu berkata sebaliknya. ATAU, dalam kata mudahnya, pemimpin UMNO yang terlibat tu semuanya dah kena kencing!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. laa sedap nya dedak..tak serupa pemakan taik he he..itu kata ayam belaan terbaik bukan cam ayam hutan yang saja cari pasal menjauhkan diri dek nak kebebasan konon ho ho.
    aq bosan mat sabu asyik2 kecewa dirinya keluarganya pengikutnya..pakatanya tak reti buat apa yang boleh membantu jadikan malaysia ni semakin ok.bila ceramah ke buat kenyataan ke buat apa pun sentiasa menyalahkan kerjabuat kerajaaan mcm la pakatanya partinya ok sesangat.baling mikrofon lagi baik kan.
    deklerasi rakyat pimpinan chedet perlu dilihat dengan hati berjiwa rakyat yang mahukan ia dipimpin oleh orang macam najib...cool ja :) :) :) biasanya orang yang tahu dan fokus pada tanggungjawabnya tidak pernah memaksa itulah jalan perlu diikut.pun orang macam mat sabu tak perlulah diajar2 berkali kali ho ho

    selamat pagi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping