Sabtu, April 23, 2016

Portal berita DAPigs dalam satu artikel melaporkan, Tun Mahathir membantu pembangkang membangkitkan isu 1MDB, tetapi puluhan ribu kaum Melayu lebih suka menghadiri ceramah Dr. Zakir.

Lantaran tidak puas hati dengan jumlah kehadiran diceramah Tun Mahathir, DAPigs mula membuat tuduhan liar dengan tanpa sebarang bukti yang sah bagi memburukkan lagi keadaan.

DAPigs mendakwa UMNO dan PAS sengaja membawa Dr. Zakir menjelajah dari negeri ke negeri untuk bertemu orang ramai supaya menyokong penyatuan dua parti Islam itu iaitu UMNO dan PAS demi kepentingan kesatuan ummah.
“Agama, butang sensitif umat negara ini yang pantang disentuh pasti membuatnya melompat. Sekali dipicit butang agama ini, maka lembiklah tengkuk semuanya sekali.
“Sia-sia Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor) berbuih mulut bercerita panjang tentang skandal 1MDB. Akhirnya yang akan buat buntang mata orang Melayu-Islam ialah kesaktian Dr. Zakir mengislamkan orang dan berhujah dengan nas-nas yang dikutip daripada kitab-kitab hafalannya,” dakwa artikel itu.
Roketkini.com turut menyindir Dr. Zakir mempunyai "Kuasa Sakti" untuk menarik perhatian dan rasa takjub umat Islam kerana berjaya mengubah keyakinan orang awam yang tidak percaya kepada agama supaya percaya kepada agama.

Artikel itu bagaimanapun mendakwa, kemampuan Dr. Zakir berbuat demikian sebenarnya bukan perkara luar biasa sebaliknya ia cuma satu fenomena biasa malah menuduh pendakwah Islam itu bukan tahu semua perkara.
“Kita malah pernah melihat kesaktian yang hampir sama diperlihatkan melalui satu sosok bernama Ustaz Azhar Idrus, yang berceramah dengan loghat Terengganu pekat dan menjawab seremeh-remeh persoalan dengan apa yang kita lihat sebagai ilmu dan sikap yakin diri yang tinggi. Meski ada yang berhujah bahawa Azhar Idrus itu bukanlah ilmuan sangat pun.
“Hujah yang sama turut terpakai terhadap Zakir Naik. Dia bukannya tahu semua benda, malah sudah tersebar videonya membuat lebih dua puluh kesalahan dalam masa lima minit.
"Namun itu tidak penting bagi pancaindera Melayu Islam. Apa yang mahu dilihat ialah keyakinannya menjawab soalan, berhujah dan mengislamkan orang. Apa yang dimahukan orang Melayu Islam ialah ketokohan satu faktor yang sangat didahagakan sepanjang beberapa tahun lampau,” sindir DAP lagi.
Sebelum ini Dr. Zakir dalam satu temuramah secara terbuka menyatakan harapan beliau untuk melihat UMNO dan PAS dapat bekerjasama bagi membolehkan negara ini dan syiar Islam terus berkembang maju.

Menurut penceramah berasal dari Mumbai, India itu, secara keseluruhan umat Islam di negara ini termasuk kedua-dua pemimpin parti itu dilihat sebagai pengamal Islam yang baik.
“Kalau mereka boleh bersatu berlandaskan al-Quran dan hadis, ia akan menjadi sesuatu yang baik bagi muslim. Jika kedua-duanya bekerjasama ia akan membentuk komuniti Islam yang berkali ganda besar berbanding bukan Islam dan saya berdoa untuk itu,” kata Dr Zakir.
Rentetan itu Dr. Zakir dilempar dengan pelbagai kata nista oleh penyokong Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti Kuali pimpinan Mat Sabu di laman media sosial.

Dr. Zakir yang sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia itu turut dituduh sebagai pencacai UMNO dan kerajaan.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. sekali lagi dr zakir naik jadi perbandingan pada mana mana pelalak pentas he he.wlu apa cara dan kaedah pelalak pentas ni cuba mendekati orang ramai amun jauh disudut hati banyak yang tertanya tanya erti dakwah sebenar yang mereka itu bawa.
    pan dan pkr misalnya menyeru rahmat kpd dap tapi bawa musibat pada islam.yang lain tu main syok sendiri dan ibarat menang sorak semata.....kita memahami sikap dan ciri mcm dr zakir naik pasti di pandang sinis ho ho tapi bukan aq aaa
    yang baik semua datang dari tuhan insyaalah.amin

    BalasPadam
  2. zakir naik ditanya..pasal nak jatuhkan pemerintah islam.
    dia cakap..haram.

    dah tau jawapanya haram. lagi pegi tanya.

    BalasPadam
  3. Aakk malas nak layan lebai melalak. Sekarang dap adalah permata hijau, rahmat kepada parti parti lain. Apam beras, buah oren,pisang, epal,pelam harum manis, pondok kecil bersama api lilin di puja puja.zikir naik pagi petang. Hasil hasil buah tangan ajis danhadi ho hoo ho holick, he he he

    BalasPadam
  4. itulah dap...nampak sangat tak senang dgn Islam...apa punya manusia la ini macam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping