Nampak gayanya, pihak media masih lagi tak memaafkan Si Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilihat terus berdepan kritikan berhubung isu pembelian banglo mewah dengan harga murah.
Dalam kritikan terbaru yang disiarkan Sin Chew Daily, hujah Guan Eng berdasarkan ungkapan “kamu rela aku sanggup” bagi menjawab soalan kenapa dia membeli banglow mewah di bawah harga pasaran hanya boleh diguna pakai terhadap rakyat biasa.
Ungkapan itu bagi mereka hanya membawa maksud Si Guan Eng tu tidak memperoleh rumah banglow mewah itu dengan cara sama ada dia mencuri atau pun merompak.
Menurut penulis akhbar tersebut, Wong Kai Eng, ungkapan seperti itu sangat tidak sesuai untuk digunakan sebagai alasan oleh seorang Ahli Politik yang memerintah sebuah negeri.
Sebaliknya, kata penulis tersebut, pemimpin yang berkuasa dinilai berdasarkan kriteria yang berbeza apabila orang ramai mengharapkan dia mempunyai disiplin diri yang tinggi, berakhlak dan tidak tamak untuk meraih keuntungan.
"Walaupun dikatakan harga murah itu berpunca daripada persetujuan separuh jual dan separuh dihadiahkan, pemimpin berkenaan tetap dianggap telah mengambil kesempatan. Hakikat itu akan menyebabkan pemimpin terbabit dipandang hina oleh orang lain," tulisnya.
Jelasnya lagi, mungkin ada pihak akan menggunakan pelbagai alasan lain bagi mempertahankan harga banglo berkenaan, tetapi langkah itu tidak harus membuatkan kita lupa perkara pokok iaitu seseorang pemimpin tidak sepatutnya mengambil kesempatan.
"Pemimpin yang cuba meraih keuntungan lumayan sebenarnya tiada harga diri. Mereka yang tidak sedar diri itu langsung tidak menunjukkan teladan kepada rakyat jelata.
"Dalam kes pembelian banglo ini, kita menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk melakukan siasatan," ujarnya.
Pokok pangkalnya, tindakan Si Guan Eng yang dilihat mula menggelupor biawak memberikan alasan demi alasan untuk menutup kemaluan dia dalam skandal tersebut membuktikan bahawa dia dah mula Takut Bayang-Bayang dia sendiri!!!
sprm dn pdrm kena siasat betul2 sampai lubang cacing.
BalasPadam