Rabu, April 13, 2016

Huh! Nampak gayanya konflik kepimpinan dikalangan puak Parti Keluarga Rosak tu sekarang ni dikatakan dah semakin bertambah kronik walaupun ianya sengaja disembunyikan.

Biarpun sebelum ini kita dengar ada usaha dari kalangan penyokong Wan Azizah untuk mendapatkan bantuan dari Ezam Mohd Noor bagi membantunya, namun ianya tidak berjaya.

Sebaliknya, Ezam dalam satu kenyataan sebelum ini menafikan wujudnya usaha tersebut dan dia juga turut menegaskan bahawa dirinya tidak akan kembali menyertai Parti Keluarga Rosak tu.

Maka konflik kepimpinan dalam PKR itu menjadi semakin parah dan membuatkan kedudukan Wan Azizah selaku Presiden parti itu juga turut tergugat dengan kebangkitan Azmin.

Dari beberapa sumber yang mendedahkan pengaruh Menteri Besar Selangor tu pada ketika ini semakin bertambah kuat dan ianya membuatkan kem Wan Azizah mula 'Panas Punggung'.

Nak pulak apabila penerimaan terhadap Si Azmin tu di Selangor pada ketika ini dilihat tidak mampu untuk menggugat kedudukannya walaupun pelbagai kepincangan telah pun didedahkan.

Taktik yang digunakan oleh Chagubard untuk memburukkan kepimpinan Azmin sebelum ini juga turut menemui jalan buntu apabila rakyat di Selangor sendiri pun tidak mempedulikannya.

Bahkan, ada sesetengah pihak berpendapat, hubungan diantara Azmin dan Tun Mahathir hari ini yang dilihat semakin bertambah erat membuatkan Menteri Besar Selangor tu semakin ego.

Katanya nafsu Azmin untuk menjawat jawatan sebagai seorang "Bakal Perdana Menteri" dimasa akan datang juga semakin bertambah disebabkan faktor pengaruh dari Tun Mahathir.

Namun, satu - satunya cara untuk Azmin merealisasikan impiannya itu adalah melalui rampasan kuasa bagi merebut jawatan Presiden PKR dari genggaman Wan Azizah serta ahli keluarganya.

Hanya dengan cara itu sahaja mampu untuk membuatkan Si Azmin tu berada pada kedudukan selesa dan ianya perlu dilakukan sebelum menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Walaupun pada ketika ini konflik diantara Wan Azizah dan Azmin itu tidak dilihat, ianya tetap berlaku seperti 'Ribut Dalam Cawan'. Kalau ianya betul dan jika perkara ini tidak dibendung, boleh la kita ucap "Selamat Jalan" buat Wan Azizah dan kroni - kroninya!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. nek kipas nak lawan camne...abang min banyak dedak....

    BalasPadam
  2. Kuasa ALLAH...terimalah bahana nye..bila bercakap mereka menipu..bila berjanji mereka mungkir...ini ciri2 orang munafik..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping