Sabtu, April 30, 2016

Kalau diikutkan tarikh akhir tamat tempoh bagi sebarang Pilihan Raya Kecil hanya akan berlaku selepas 5 Mei. Bermakna, sebelum tarikh itu, boleh lagi kalau nak dibuat Pilihan Raya Kecil.

Tapi itu hanya anggap sahaja. Kiranya, ADUN Seberang Jaya ni bernasib baik juga  la memandangkan waktu dah terlalu suntuk. Kemungkinan untuk buat PRK tu pun dah tak sempat.

Maka memang sewajarnya Si ADUN Seberang Jaya tu bersyukur kerana perkara tu berlaku sedemikian rupa. Mungkin itu dah nasib dia. Lagi pun, jumlah dia kena saman tak banyak mana.

Setakat RM 70 ke 80 ribu tu, celah gigi je dia membayarnya. "Abang Besar" dia di Pulau Pinang tu pun banyak duit. Beli rumah banglow mewah pun boleh sampai 'Terlajak Murah'. Inikan pulak nak bayar saman.

Namun, walaupun nasib Si ADUN Seberang Jaya tu boleh dianggap bernasib baik, tapi dia tetap tidak boleh menafikan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang suka MENABUR FITNAH.

Dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah mengenai kes saman yang telah difailkan terhadap Si ADUN Seberang Jaya tu, maka makin bertambah la pemimpin Pakatan Haprak tu yang suka buat kerja yang sama.

Mengkala nak mengharapkan diorang ni membela nasib rakyat, jangan harap la. Tapi, kalau suruh diorang buat kerja Haramjadah, menabur fitnah dan keluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat, itu bila - bila masa pun diorang boleh buat!!! Tak payah suruh pun takpe!!!
GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin membayar ganti rugi berjumlah RM280,000 kepada empat wakil rakyat BN kerana memfitnah mereka berhubung penjualan tanah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong memerintahkan Dr Afif daripada PKR membayar RM70,000 masing-masing kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Adun Telok Ayer Tawar, Datuk Jahara Hamid; Adun Permatang Berangan, Omar Abd Hamid dan Adun Sungai Dua, Muhamad Yusoff Mohd Noor.

Beliau juga mengarahkan Dr Afif selaku defendan membayar kos RM10,000 kepada keempat-empat plaintif itu berserta faedah lima peratus.

Ketika membenarkan saman fitnah difailkan oleh empat wakil rakyat BN itu, Chong Fong berkata, mahkamah mendapati perkataan yang diucapkan oleh Dr Afif pada Himpunan Reformasi 2.0 bertarikh 17 April 2014 adalah fitnah terhadap kesemua plaintif.

"Mahkamah juga mendapati pembelaan defendan untuk justifikasi gagal kerana defendan tidak mengemukakan apa-apa bukti bagi menyokong rayuan justifikasi," katanya.


Lim dalam penghakimannya juga berkata mahkamah turut mendapati pembelaan komen berpatutan adalah gagal kerana ucapan yang dibuat ADUN PKR itu adalah pernyataan fakta dan bukan komen.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping