Khamis, Mei 05, 2016

Heh! Mujur tak terkencing je Pakwe Si Tipah Koyak ni kena 'Sound' dengan Ketua Polis Negara. Semuanya akibat dia GAGAL mengawal mulut dia yang sebelum ini cukup lantang berbicara.

Mungkin sebab selama ini Pakwe Si Tipah Koyak ni ingat dia hebat sangat gamaknya. Tapi kali ini, dia dah tersalah pilih orang nak cari gaduh. Jadi, kita tengok la dia berani atau tidak nak sahut cabaran KPN ni.

Kot ye pun dia nak bercakap, biar la betul pada fakta. Jangan main cakap ikut sedap mulut je. Takkan la dia yang jadi seorang pengamal undang - undang pun tak tau mengenai perkara tersebut?

Ini tidak. Bercakap dah la main ikut sedap mulut dia je. Lepas tu nak buat tuduhan yang bukan - bukan. Betul dah keputusan yang dibuat oleh KPN tu. Takkan itu pun dia nak pertikai jugak?

Kalau ada Polis pengiring mengiringi seorang pemimpin untuk pergi ke perhimpunan Haram, macam mana pulak pihak Polis yang menjaga kawasan perhimpunan tersebut? Kan dah jadi berpihak juga?

Tidakkah itu juga menunjukkan yang pihak Polis berpihak kepada Politik pihak tertentu? Bukan ke itu juga boleh dianggap sebagai satu tindakan yang prejudis dan berat sebelah?

Pokok pangkalnya, keputusan pihak Polis menarik balik Polis Pengingirin tu hanya untuk majlis tertentu sahaja yang tidak mendapat kebenaran atau permit dari pihak berkuasa.

Jadi, jangan la Pakwe Si Tipah Koyak tu sampai pecah kepala otak nak buat kesimpulan dan cuba mengelirukan rakyat sesuka hati dia je. Takut penyudahnya nanti, diri dia jugak yang hilang kemaluan tak tentu arah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Buat apa hantar polis iringi madey buat tohmahan dan fitnah.Kan kah pelik dan mghairankan klu dipandang org.Seolah2 polis bersubahat dgn penyokong demo jalanan yg otak beku tu....

    BalasPadam
  2. Pakwe siTipah,mrS adalah seorang peguam yang tidak berpretasi tinggi.Ini kerana jumlah kes kes kendalian beliau mempunyai peratusan gagal iaitu peratusan kalah kes-kes lebih daripada 75%.
    Pretasi kendalian kes kes mahkamah oleh pakwe si Tipah amatlah memilukan sehingga mendorong perbuatan perbuatan untuk menonjolkan diri di khalayak umum dan cubaan demi cubaan beliau supaya isu isu berbangkit(yang tak layak bangkit) mendapat tumpuan dan mr S dapat publisiti murahan tahap gaban.Jadi,tak payah pihak pihak sebaran am media massa maupun pihak bloggers memberi liputan kerana individu ini tak laku dan peratusan kekalahan kes kes kendalian beliau amatlah memilukan.Lebih banyak kalah dari menang.Sayu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping