Khamis, Mei 05, 2016

Aduhai! Memang sakit betul Pak Menteri sorang ni. Buat malu je jadi Menteri kalau mentaliti mengalahkan budak sekolah tadika. Kepala asyik nak cari gaduh je tak tentu arah.

Kalau cari gaduh dengan puak Pakatan Haprak tu tahan juga. Ini setakat cari gaduh sesama sendiri, menda faedahnya? Tak mendatangkan sebarang keuntungan lansung kepada parti. Buat buruk nama parti je. 

Ke Si Pak Menteri ni pun memang ada hati nak memburukkan nama parti ni secara subversif? Sebab dari apa yang dia buat, memang nampak sangat dia cuba memburukkan keadaan.

Takkan la Pak Menteri yang dah lama dalam Politik ni tak boleh fikir yang tindakan dia tu lansung tidak memberi keuntungan kepada parti. Buat orang lagi bertambah menyampah ada la.

Kot kalau ye pun Pak Menteri tu nak tunjuk yang dia 'Gengster', tunjuk la dengan puak Pakatan Haprak tu. Kalau nak ajak bertumbuk pun, ajak la puak Pakatan Haprak tu bertumbuk.

Ini tidak. Yang nak diajak bertumbuk dikalangan sesama sendiri. Tapi bila dengan puak Pakatan Haprak tu, boleh pulak Si Pak Menteri bergelak ketawa, bergurau senda dan sebagainya.

Watpe Si Pak Menteri tu tak ajak Guan Eng ke, Azmin ke, bertumbuk dengan dia? Padahal isunya takde la besar mana sanagt pun. Kecik je. Yang sampai dia nak ajak orang bertumbuk ni menda kejadahnya!

Yang buat kita heran, punya lama dia berpolitik, takkan la Si Pak Menteri ni tak terfikir sebelum dia keluarkan kenyataan sama ada ianya boleh membawa manfaat kepada parti atau pun sebaliknya.

Tak terfikir ke dek Pak Menteri tu, adakah kenyataan yang dibuat tu mampu untuk menambah bilangan pengundi balik kepada Barisan Nasional? Mampu ke ianya menambah jumlah undi BN?

Setidak - tidaknya, Si Pak Menteri tu kena fikir sama kenyataan dia tu boleh menambah jumlah bilangan kerusi kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Kalau Si Pak Menteri tu ingat, dengan tindakan dia keluarkan kenyataan, ajak orang bertumbuk tu mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional, takpe juga. Tapi kalau setakat buat orang makin menyampah, baik tak payah!!! Buang masa je!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. tak payah lantik jdi menteri la org mcm tu...buat malu je.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping