Selasa, Mei 03, 2016

Huh? Lawak apa yang nak dilakukan oleh Si Husam ni sebenarnya? Adakah dia dah jadi DUNGGU sejak hilang jawatan? ATAU, adakah Si Husam ni dah diserang dengan Strok Haba?

Dalam kenyataan yang dibuat baru - baru ini, Si Husam tu cuba membangkitkan mengenai isu pembalakkan haram yang dikatakan berlaku disekitar kawasan Hulu Kelantan, terutama di Gua Musang.

Husam tampil mempertikaikan peranan yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri yang dikatakan mempunyai anggota dan pegawai yang ditugaskan mengawal selia hutan dari dicerobohi.

Dalam kenyataan tersebut, Husam mendakwa kononnya ada pegawai Jabatan Perhutanan Negeri ni yang 'Duduk Dalam Hutan' tapi masih kes kecurian balak masih lagi berlaku tanpa disedari.
"Ada anggota dan pegawai hutan duduk dalam kawasan hutan, takkanlah orang dah curi sampai 20,000 ekar (8,093 hektar), baru tahu ada kecurian," katanya sambil mempertikai alasan 'laluan sulit' sebagai penyebab kejadian itu.
Mungkin Si Husam tu ingat, pegawai Jabatan Perhutanan tu duduk dalam hutan tu hari - hari gamaknya. Kot kalau suruh dia duduk terus dalam hutan tu pun dia tak nak. Inikan pulak Pegawai Jabatan Perhutanan tu.

Tapi yang peliknya, kenapa masa Si Husam tu jadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan, dia tak pernah bangkitkan isu yang sama?

Hakikatnya, isu mengenai pembalakkan ni bukan kali pertama kita dengar. Dan ianya bukan kali pertama didedahkan kepada umum. Jadi, kenapa baru sekarang Si Husam tu nak bersuara?

Sedangkan sewaktu Pilihan Raya Kecil DUN Galas hari tu pun, perkara yang sama telah dibangkitkan. Tapi kenapa pada ketika itu Si Husam tu seolah - olah cuba nak mengelakkan diri?

Pada pengetahuan umum, Si Husam tu sendiri pun pernah terlibat dalam konsesi pembalakkan dengan menggunakan nama proksi sehingga dia boleh jadi kaya raya seperti hari ini.

Namun malangnya, Husam sehingga hari ini masih lagi enggan menafikan dakwaan yang dibuat terhadap dirinya. Malah dia juga sering kali mengelakkan diri dari membuat pengakuan.

Kalau betul Si Husam tu rasa diri dia 'Lebih Suci' dari orang lain, apa kata dia isytiharkan harta dia secara terbuka. Itu pun kalau betul la Si Husam tu rasa diri dia betul - betul 'BERSIH' dari sisa pembalakan. Kalau tidak, baik tak payah banyak cakap la!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. HUSE MUSEY BERBULU AYEY.KAKI LEBONG,

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping