Selasa, Mei 24, 2016

Presiden PKR nampak gayanya nak meletakkan kesalahan seratus peratus atas tanggungjawab PAS, kerana menjadi punca kepada kegagalan mesyuarat Majlis Presiden ditangguhkan buat kali kedua.

Wan Azizah menyalahkan PAS kerana gagal memberi maklum balas bagi membincangkan mengenai isu calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Kononnya kata Wan Azizah, Pakatan Haprak ni nak ajak PAS berbincang pasal isu ‘pembahagian’ kerusi antara parti pembangkang bagi meletakkan calon yang ‘sesuai’ supaya tak bertindih.

Padahal umum pun dah tahu bahawa puak Pakatan Haprak tu nak paksa PAS supaya memberi laluan kepada calon mereka untuk bertanding. Mungkin sebab itu Pas tak nak berbincang.
“Kita masih menunggu respons daripada Pas. Kita sudah ada mesyuarat tertutup sebelum ini. Memandangkan Pas bertanding di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya sebelum ini. 
“Isu itu menjadi asas dalam rundingan kita, mencari bagaimana untuk selesaikan isu itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
Sebelum ini, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Haprak tu dijangka akan diadakan pada hari Khamis yang lalu bagi membincangkan isu calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil itu.

Walaubagaimana pun mesyuarat tersebut terpaksa ditunda untuk sekian kalinya kepada hari semalam, ekoran tiada sebarang kerjasama yang memberansangkan diberikan pihak Pas.

Akan tetapi malangnya, mesyuarat yang dijadualkan diadakan semalam, bagi membincangkan parti dan calon mereka di dua PRK itu terpaksa juga ditangguhkan lagi buat kali kedua.

Nampak tak yang sebenarnya Pas langsung tak berminat nak jalinkan kerjasama semula dengan Pakatan sehingga membuatkan Si Wan Azizah ni pening kepada dan mendawa PAS sebagai puncanya.

Walhal, semua orang pun dah tahu bahawa PAS tetap dengan pendiriannya untuk meletakkan calon dan tidak akan sekali - kali memberi kerjasama kepada Pakatan yang dianggotai oleh DAPigs serta PAN.

Maka pokok pangkalnya, sudah kita ketahui. Kalau dah masing - masing kekal berdegil dan sibuk nak meletakkan calon masing - masing, apa salahnya kalau bertanding je sesama sendiri? Buat apa diorang susah - susah nak MENIPU rakyat lagi!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Siti jijah, mohd azmin elok cepat cepat pecat3 eskor pas tu biar haji hadi collapse..lepas tu buat pekak badak jangan runding runding lagi dah. Bo boi boi ada apa takut.

    BalasPadam
  2. PKR takut apa, PAS bukan boleh membantu pun. DAP kan ada, parti paling hebat. Orang Melayu sehebat Mat Sabu pun boleh rukoq sembah depa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping