Sabtu, Jun 25, 2016

Heh! Kalau sebelum ini timbul kecurigaan dikalangan masyarakat mengenai integriti badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes Lim Guan Eng.

Ramai yang tertanya - tanya, kenapa badan penguatkuasa itu tidak membuat pendakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang tu berkaitan isu pembelian rumah banglow mewah 'Terlajak Murahnya' sebelum ini.

Kali ini, terbongkar pula skandal yang melibatkan pegawai kanan SPRM dengan SI Rafizi dimana ianya disahkan sendiri oleh Rafizi melalui satu kenyataan media yang dikeluarkannya.

Maka, adalah memang wajar bagi pihak Polis mahupun SPRM sendiri menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti serta mengambil tindakan terhadap pegawai kanan yang dimaksudkan.

Sebagaimana yang disarankan oleh seorang pemimpin MIC semalam, pihak Polis perlu menjalankan siasatan dan menangkap pegawai kanan (SPRM) yang didakwa mendedahkan maklumat dalaman kepada Rafizi Ramli.

Bendahari Agung MIC, S Vell Paari berkata, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR itu sendiri telah mengesahkan bahawa kebocoran maklumat dari badan penguatkuasa itu berlaku.
“Saya minta polis supaya menyiasat dan menangkap pegawai-pegawai kanan yang mendedahkan hal dalaman SPRM kepada pembangkang untuk kepentingan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Seruan itu menjawab dakwaan Rafizi bahawa seorang pegawai kanan SPRM memaklumkan kepadanya bahawa Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Mohd Shukri Abdull dipaksa meletak jawatan.
“Ini menunjukkan pembangkang mungkin mencampuri penyiasatan SPRM kerana Rafizi sendiri menyatakan bertemu pegawai kanan terbabit dan membincangkan urusan dalaman suruhanjaya,” katanya.
Vell Paari menambah, hubungan rapat diantara Rafizi dan pegawai berkenaan mungkin menjadi sebab siasatan SPRM ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak lengkap.

Malah kertas siasatan SPRM yang telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 26 Mei yang lalu diserahkan semula kepada SPRM untuk tindakan lanjut kerana ianya tidak lengkap.
“Mungkin ini memberikan masa kepada pembangkang untuk menyembunyikan maklumat penting,” dakwa pemimpin MIC itu.
Rafizi, dalam satu kenyataan semalam mendakwa “orang luar” akan menggantikan mengisi dua kekosongan itu dan menggesa wakil rakyat pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah untuk meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.
Categories:

2 ulasan:

  1. klu sprm pun ada campur tgn org luar mcm mana siasatan nk telus.

    BalasPadam
  2. kes tongkang lge mereka siasat sambil lewa. supaya bila dibicara hakim buang kes atau mereka beri kredit supaya lge menang.
    itu sebab ag arahkan sprm siasat semula kes lge.
    orang yang cakap mereka ada allah tu cakap tak serupa bikin.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping