Sekiranya semalam, kita telah pun didedahkan dengan kenyataan tegas yang berbaur cabaran secara terbuka dari Wan Azizah kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir.
Antara lain, Wan Azizah menyatakan Mantan Perdana Menteri itu perlu bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang sekiranya beliau berhajat nak mengetuai blok pembangkang.
Secara umumnya, semua pihak sedia maklum bahawa Presiden PKR itu memang tidak sehaluan dengan Tun Mahathir yang masih dianggap sebagai pemimpin Diktator yang Zalim.
Maka sekarang, tumpuan mula beralih kepada Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor tu yang sebelum ini dilihat cukup ghairah memberi sokongan kepada Tun Mahathir.
Persoalan yang bermain difikiran rakyat serta ahli PKR dipelbagai peringkat, apa reaksi dari Si Azmin tu terhadap cabaran terbuka yang dibuat oleh Wan Azizah selaku Presiden PKR itu?
Jika kita meneliti semula ke-GHAIRAH-an Si Azmin ni memberi sokongan kepada gerakan deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir, nampak jelas dia mengenepikan sentimen keluarga Wan Azizah.
Berucap sewaktu kongres PKR yang diadakan tahun ini, Azmin tampil memberikan amaran kepada seluruh ahli parti itu agar tidak mencari gaduh dengan Tun Mahathir serta Kit Siang.
"Hari ini adalah hari yang amat bersejarah kerana belum pernah ada muafakat sebegini di kalangan rakyat yang merangkumi semua golongan dan lapisan umur.
"Namun ada yang takut dengan deklarasi ini. Deklarasi ini bukan soal individu. Ini bukan deklarasi Tun M dan Kit Siang, tapi ini deklarasi rakyat," katanya ketika Kongres Rakyat 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, 27 Mac tahun ini.
Biarpun ucapan itu ditujukan kepada orang lain, namun bagi sesetengah pihak, ianya tetap dianggap sebagai satu tindakan yang membelakangkan kepentingan keluarga Wan Azizah tu secara terbuka.
Apa yang jelas, Wan Azizah bukan sahaja secara terang - terangan memusuhi Tun Mahathir, malah satu keluarga Presiden PKR tu sendiri 'memulaukan' gerakan deklarasi yang diketuai oleh Tun.
Maka sudah pasti ramai dikalangan ahli PKR yang tertanya - tanya, apa pendirian Si Azmin tu mengenai kedudukan tersebut? Adakah dia akan terus menyokong Wan Azizah ATAU membelakangi kepentingan Wan Azizah demi mencapai hasratnya yang mahu menjadi Perdana Menteri???
pkr jdi dua blog...blog tun dn blog kak wan
BalasPadam