Rabu, Julai 06, 2016

Heh! Memang lain macam betul perutusan Hari Raya yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu ni kepada seluruh pengikut - pengikut dia. Takde orang yang mampu untuk mengatasinya.

Kalau orang lain, sudah pasti mereka akan menyeru seluruh umat Islam mempertahankan agama, mendaulatkan kesucian Islam dari dicemari oleh orang kafir dan mengeratkan silaturahim.

Tapi lain pulak dengan Si Ketua Penipu ni. Dia menyeru para pengikut dia supaya bersama - sama mempertahankan perbuatan yang telah dilakukan oleh Si Guan Eng tu dari serangan Kerajaan.

Kata Si Ketua Penipu tu, pendakwaan yang dibuat terhadap Guan Eng berhubung isu pembelian rumah banglow mewah 'Terlajak Murah' tu adalah satu tindakan keji yang bermotifkan Politik.
"Ini merupakan satu pendakwaan (kepada Guan Eng) keji dan bersifat politik yang berniat menggugat pihak pembangkang dengan menjadikan pimpinan sebagai sasaran. 
"Berdasarkan siasatan dan pendakwaan sehingga kini, saya yakin serangan-serangan seperti ini tidak akan berhenti dengan Lim Guan Eng sahaja tetapi akan diperluas kepada pimpinan lain, malah mungkin juga dari kalangan bekas pimpinan Umno-Barisan Nasional yang telah bangkit untuk berjuang demi menyelamatkan Malaysia," katanya memetik kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Ternyata, dakwaan itu membuat kita rasa heran. Si Guan Eng beli rumah tu atas tujuan Politik ke sehingga pendakwaan yang dibuat terhadap dia juga dikaitkan dengan 'Pendakwaan Politik'?

Yang suruh beli rumah tu orang Politik ke? Yang paksa dia beli rumah tu parti Politik ke? Rasanya Si Guan Eng beli rumah tu atas tujuan peribadi, bukannya disebabkan desakan Politik.

Jadi, bagaimana mungkin Si Ketua Penipu tu dan konco - konco Pakatan Haprak tu boleh membuat tuduhan kononnya Si Guan Eng tu menjadi mangsa 'Pendakwaan Politik'? Pendek akal sungguh!!!

Pokok pangkalnya, Si Guan Eng tu beli rumah dari seorang peniaga yang ada kepentingan dalam Rejim DAPigs Pulau Pinang. Dia beli rumah dari orang yang memohon kontrak Rejim DAPigs dibawah pimpinannya sendiri. Itu pasal la dia kena dakwa!!!
Categories: , ,

7 ulasan:

  1. Kalai cai dan dedak yang lebih sebok mendakwa dan menghukum mengatasi mahkamah maka jadilah serangan politik.

    Kalau diam dan biarkan sistem mahkamah menentukan, jadilah satu pendakwaan jenayah.

    BalasPadam
  2. Ini lebih kepada perutusan songsang untuk penganut penganut songsang.

    BalasPadam
  3. Biasa la tu, suka sakat mesti kena jaga walaupun apa yang dicakap lebih kpd auta daripada fakta.

    BalasPadam
  4. Otak dah biol..tule..asyik menjubo saje...apa2 sikit konspirasi...beli rumah terlajak murah tu..bn ke yg atur..spesis sampah mcm hang ni elok lama2.duk dlm sangkaq sg buluh tu..

    BalasPadam
  5. guang eng beli rumah tu berapa harga dia, betul tak terlajak murah,kalau betul apa lagi nak heboh heboh, masukkan je ke penjara, sama lah kes penipu ini, ada tak ayaq tu dalam jubuq, adakan, jadi benda tu jadi dan salah dari segi undang undang...awat bodoh sangat ha... nasib baik tak jadi pm..

    BalasPadam
  6. sikit2 politik...klu mcm tu yg pertahan lge tu tak politik ke?

    BalasPadam
  7. Masa Khir Toyo kena mcm2 cacian dia org buat. Kena diri sendiri baru padan muka. Kalau LGE tak bersalah... sudah pasti Dr.Khir takkan dibicarakan dan dihukum.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping