Khamis, Ogos 25, 2016

Menteri Besar Selangor berkata dia tidak tahu menahu mengenai usul menyiasat salah laku membabitkan Paya Indah Wetlands dikemukakan kepada SELCAT oleh pegawai khas seorang exco Selangor.

Usul yang dikemukakan oleh pegawai khas exco Selangor, Teng Chang Khim, itu meminta SELCAT supaya menyiasat isu salah guna kuasa melibatkan status lot tanah Paya Indah Wetlands.
"Tanya Datuk Teng. Saya tidak ada maklumat. Itu pekerja Datuk Teng. (Adakah) akan ambil tindakan terhadap Razak? Tidak ada. Kena tanya Datuk Teng apa tindakan yang dia perlu ambil," katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran LRT3 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Stadium Malawati, di sini.
Azmin sebelum ini berkata keputusan sama ada untuk mengadakan sesi penerangan awam atau tidak oleh SELCAT telah diserahkan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh.

Jumaat lalu, Abdul Razak telah menyerahkan laporan isu tanah Paya Indah Wetlands kepada SELCAT untuk siasatan lanjut yang mendedahkan ada berlakunya salah laku dalam kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Berikutan itu beliau berkata mendapat arahan supaya tidak mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan dan diminta supaya menutup mulut oleh pihak yang tidak dinyatakan.

Terdahulu, pengasas NGO Pro PKR, Chagubard berkata, dia akan membuat laporan kepada SPRM berhubung skandal pertukaran status tanah di Paya Indah Wetlands, pada Jumaat ini.

Si Chagubard tu mendakwa tanah Lot 68054 seluas 619 hektar di Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat ditukar statusnya daripada kawasan hijau kepada pembangunan pada 2015 oleh Rejim dibawah pimpinan Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping