Khamis, Ogos 11, 2016

Gambar mesra 13 November 2013 viral dilaman media sosial...
Tertarik juga dengan pandangan seorang sahabat yang membicarakan mengenai isu gambar viral malam semalam. Ramai yang pertikai kata gambar tu gambar lama yang dikitar semula.

Menurut kata sahabat semalam, dia rasa hairan kenapa ramai sangat yang marah apabila gambar itu dikitar semula dan menjadi viral dilaman media sosial termasuk didalam aplikasi whatsapp.
"Heran aku dibuatnya. Kalau betul pun gambar tu gambar lama, apa salahnya? Kenapa ada pihak yang marah sangat bila gambar tu menjadi viral?" soal rakan tersebut.
"Kan elok kalau kedua - dua pemimpin itu dapat duduk semeja, bersahabat seperti sebelum ni. Takde la keadaan Politik Negara kita ni huru hara dibuatnya," tambah rakan itu lagi.
Seorang lagi rakan yang turut melepak malam semalam cuba menjelaskan keadaan pada ketika ini yang menganggap hubungan kedua - dua pemimpin itu memang sudah tidak dapat nak disatukan lagi.
"Ada pihak tak suka tengok kedua - dua pemimpin tu berbaik semula. Diorang lebih suka mereka bergaduh supaya keadaan sekarang ni bertambah tegang dan menguntungkan mereka," jelas rakan tersebut.
Jika dilihat dari satu sudut, ada betul juga pandangan yang diberikan oleh sahabat yang melepak minum di kedai kopi malam tadi. Memang ada yang 'Panas Punggung' tengok gambar tu tersebar.

Kalau kita baca respon yang diberikan melalui laman media sosial semalam, rata - rata mereka yang menafikan gambar itu memberikan pandangan negatif terhadap penyebaran gambar tersebut.

Mereka seolah - olah 'Tak Senang Duduk' melihat kedua - dua pemimpin itu berada dalam satu gambar. Malah ada yang menganggap tindakan menyebarkan gambar itu sebagai RETORIK.

Bagi mereka, pihak yang menyebarkan gambar itu hanya sekadar nak mencari publisiti murahan buat YAB Perdana Menteri yang nak tunjuk dia merendah diri menziarahi Bekas Perdana Menteri itu.

Hakikatnya, tanggapan itu menunjukkan tahap kematangan kita berpolitik. Sedangkan usaha itu boleh dianggap sebagai satu usaha untuk merapatkan hubungan diantara kedua - dua pemimpin tersebut.

Mungkin bagi mereka yang taksub lebih suka sekiranya kedua - dua pemimpin itu terus berbalah sesama sendiri. Tapi untuk apa? Untuk memberikan keuntungan Politik kepada DAPigs? Kalau itu tujuannya, tahniah diucapkan kepada mereka. Teruskan la berbalah sesama sendiri!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. memang gambarnya lama, tapi PM dan Isterinya melawat Dr.Mahathir di IJN semalam. itu benar. pihak jurugambar tidak dibenarkan kerana keadaan Dr.Mahathir. pihak pembangkang ni suka cari kesilapan kerajaan. benar tetap benar ''value the character not the picture '' ;)

    BalasPadam
  2. Klu ramai yg suka brkelahi dlm politik ni maka musnahlah negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping