Sabtu, Ogos 06, 2016

Kalau nak difikirkan, masalahnya kecik sangat. Tapi disebabkan ramai 'Tukang Cucuk' dari belakang yang menyebabkan keadaan menjadi besar sehingga menggugat kesejahteraan Negara.

Kalau dilihat dari satu sudut, dalam satu keluarga pun biasa berlaku keadaan seperti ini. Anak tak dengar cakap Ayah, Ayah terasa hati. Itu lumrah biasa yang tak boleh diterima orang lain.

Tapi disebabkan ramai sangat 'Tukang Cucuk' yang menambah burukkan lagi keadaan dan ada pulak yang nak mengambik kesempatan demi kepentingan mereka sendiri, maka jadi la macam sekarang ni.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini secara terbuka berdepan dengan pihak media dari Indonesia bagi menjelaskan dakwaan berkaitan skandal 1MDB yang melanda dirinya.

Diwawancara Metro TV, beliau ditanya pelbagai perkara daripada isu tenaga kerja Indonesia di negara ini, hubungan dua hala dan hubungan “hangat masam” beliau dengan Mahathir.

Mengakui Mahathir pernah menjadi mentor dan mendukung kepimpinannya sebelum ini, Najib berkata bekas perdana menteri keempat itu suka mengawal keputusan negara walaupun sudah tidak lagi berkuasa.
“Saya tahu saya ada dua pilihan sebagai Perdana Menteri. Pertama, sama ada saya sebagai perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapat 'nasihat' beliau, saya kata nasihat tapi mungkin arahan....
“Ataupun saya akan menjadi Perdana Menteri yang percaya kepada kepimpinan saya, pertimbangan saya, berdasarkan mandat yang rakyat dan parti telah berikan kepada saya.
Ketika ditanya yang mana satu menjadi pilihan beliau, Najib berkata beliau lebih memilih pilihan yang kedua dengan memberikan pertimbangan terhadap tanggungjawabnya kepada rakyat.
“Saya tak dengar cakap dia sebab saya fikir saya ada pertimbangan yang tepat untuk Malaysia,” katanya ketika diminta mengulas hubungan “hangat jadi masam” mereka berdua.
Wawancara dengan Metro TV itu yang pertama dilakukan di peringkat antarabangsa selepas Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika mendakwa sekurang-sekurang AS$3.5 bilion “dicuri” daripada 1MDB dan AS$1 bilion aset berkaitan syarikat itu akan disita.
Categories:

3 ulasan:

  1. Apa pertimbangannya bila tubuh 1MDB dan songlap wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk pembangunan ekonomi negara? Apa pertimbangannya bila duit yang disonglap digunakan untuk membeli hartanah di luar negara? Dan membuat perbelanjaan peribadi secara mewah denag duit rakyat?

    Tak mahu dengar cakap sebab nak songlap wang. Itu yang benar!

    BalasPadam
  2. TV tu interview Najib dia acah2 je,sebenarnya dia orang dah tahu dari A TO Z dah. Dia cuma nak tengok riaksi Najib ja.....eh kalau kamu orang dah tahu yang punca kepada masalah sekarang ni disebabkan oleh "Tukang Cucuk" mengapa kamu terutama "Blog Semut Hitam'ni salah satu biog yang begitu terok menghentam Tun sedangkan kamu tahu punca yang sebenar,tidakkah kamu sebagai seorang Islam merasa sekelumit berdosa kepada seorang tua yang sudah berusia 91 tahun? dan telah begitu berjasa kepada Negara termasuk juga kepada kamu....

    BalasPadam
  3. Kalau Najib dengar cakap orang tua, takdalah terlibat dengan hutang berbilion ringgit sampai terpaksa jual tanah, asset negara. Hutang tetap tka langsai. Cer dengar cakap orang tua, negara membangun danmaju. Tengok Singapura sudahlah. Pemimpinnya silih berganti, tapi dasarnya tak pernah berubah. Segala yang telah LEE KUAN YU rancang berjalan terus. Le Kuan Yu kata, dia akan bangkit dari kuburnya jika sesiapa berani mengubah segala yang telah dirancangnya. Begitu juga Indonesia - sekarang ekonominya membangun. Sebabnya Joko tak pernah ubah dasar-dasar yang dibuat oleh Presiden sebelumnya. Apa yang nak dimegahkan dengan 1MDB - meniaga buluh kasap. Modal ke mana, untungnya lesap.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping