Ahad, Ogos 07, 2016

Kesian!!! Nampak gayanya, PAS dah serik ditipu oleh parti Politik lain setelah gabungan yang diwujudkan selama hari ini GAGAL dan menemui jalan buntu bagi mereka mendapatkan kuasa.

Maka sebab itu PAS akan mengkaji dasar dan prinsip sesebuah parti sebelum membuat keputusan untuk menyertai atau sebaliknya. Terutama parti baru yang diperjuangkan Tun Mahathir.

Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini berkata, PAS sudah belajar daripada kesilapannya yang lalu dan tidak lagi mahu mengulangi perkara sama.
“PAS bekerjasama atau tidak, bergantung kepada dasar parti atau prinsip perjuangan parti tersebut dan agenda perjuangan mereka. Kita perlu hati-hati dan teliti lebih lanjut, tidak semestinya mereka di blok pembangkang (yang menentang kerajaan), PAS akan terus hulur kerjasama.
“Sebagai sebuah parti dewasa dan berpengalaman, sebahagian ilmu dan pelajaran adalah pengajaran yang PAS lalui, PAS tidak akan ulang kesilapan lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Kenyataan tersebut dibuat ketika diminta untuk memberikan ulasan mengenai ‘kesilapan’ yang telah dilakukan oleh PAS sewaktu bekerjasama dengan DAPigs dalam Pakatan sebelum ini.

Katanya lagi, PAS secara dasarnya tidak menentang kewujudan dan penubuhan sesebuah parti baru di negara ini selagi ianya ditubuhkan dengan mengikut proses undang - undang sedia ada.
“Kita perlu nilai dan kaji untung rugi (sekiranya mahu bekerjasama dengan parti baharu) terhadap perjuangan yang didukung PAS.
“Kita tidak hanya berjuang sekadar menjadi pembangkang dan menentang kerajaan semata-mata, kita berjuang secara berprinsip dengan matlamat membina negara sejahtera dan membina kebaikan untuk rakyat,” katanya lagi.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan dari Ketua Penerangan PAS Pusat itu jelas menunjukkan bahawa parti itu kecewa kerana sering kali dipergunakan oleh orang lain demi kepentingan Politik mereka.

Tapi, apa boleh buat. Yang membiarkan diri mereka diperbodohkan sedemikian rupa pun bukan orang lain. Diorang yang beria - ia nak percaya pada DAPigs tu siapa suruh? Jadi, kalau lepas ni diorang kena kencing lagi, itu diorang punya pasal la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping