Rabu, Ogos 10, 2016

Kebaculan Rejim Pakatan yang dipimpin oleh Si Menteri Besar Selangor tu nampak gayanya hanya membuatkan rakyat semakin hari semakin curiga dengan kemampuan mereka mentadbir.

Dek kerana diorang takut nak ambik tindakan terhadap Pengasas NGO Pro PKR ini menyebabkan rakyat melihat Rejim Pakatan itu semakin kehilangan integriti mereka sendiri.

Jika sebelum ini, Si Chagubard tu pernah tampil membuat pendedahan secara terbuka mengenai pembaziran Dana Rakyat yang dilakukan oleh Rejim Pakatan dibawah pimpinan Azmin.

Kali ini, isu mengenai pernyelewengan kuasa meluluskan pengubah- suaian ke atas status tanah Paya Indah Wetland pula menjadi topik utama yang dibangkitkan oleh Si Chagubard tu.

Ahli PKR itu mempertikaikan bagaimana Rejim Pakatan Selangor boleh meluluskan pertukaran status, daripada tanah pertanian kepada kawasan pembangunan kepada sebuah syarikat pemaju pada 2015.

Si Chagubard itu juga turut menyatakan kehairanan apabila Pejabat Tanah dan Galian Selangor meluluskan pertukaran nama geran tanah kepada syarikat itu pada 9 April, 2015 yang disifatkannya “dilajukan”.

Beliau memberitahu sidang media di sini hari ini, pada 17 Februari 2015, mesyuarat MMKN yang dipengerusikan oleh Si Menteri Besar, meluluskan pertukaran status tersebut selepas pengezonan semula.

Katanya, mesyuarat MMK pada 24 Januari 2015 mengesahkan Perubahan Rancangan Tempatan (RT) Kuala Langat meliputi sebahagian tanah dalam Paya Indah Wetland dan hutan simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan pembangunan.

Dia turut mempertikai bagaimana kelulusan pertukaran status itu disegerakan sedangkan ramai ketika itu mengeluh kerja pembangunan tanah dan pelingkungan semula atau pengezonan semula di Selangor banyak tertangguh kerana isu tiada bajet.

Pokok pangkalnya, jika dakwaan yang dibuat oleh Si Chagubard ini adalah tidak benar, kenapa Rejim Pakatan pimpinan Azmin tu BACUL sangat tak nak ambik tindakan? Takkan dengan Si Chagubard ni pun diorang kecut buah kerandut!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. lebih lebih pun ada 2 tahun lagi sebelum Nuor suruh turun. makanya rembatlah sepantas boleh. kalau tak siapa nak tanggung semua cai cai yang bekerja buat propa 24/7!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping