Khamis, Ogos 11, 2016

Beberapa pemimpin akar umbi PKR masih tidak yakin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bakal diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar membawa “agenda reformasi” .

Apatah lagi mereka mendakwa parti itu masih berasaskan kepada kaum tertentu yang menurut mereka tidak lagi relevan dengan kehendak semasa mahupun baik untuk demokrasi negara.

Ketua PKR Putrajaya mempersoalkan sama ada parti tersebut dapat memenuhi kehendak rakyat yang menginginkan perubahan menyeluruh, bukan sekadar menjatuhkan kerajaan sekarang.
“Sesebuah parti mampu bertahan kerana idealisme dan daya juang yang tinggi. Parti berasaskan kaum tidak serasi dengan masa kini,” katanya kepada FMT.
Parti baru dibawah naungan Tun Mahathir itu terbuka kepada semua kaum, namun menetapkan syarat, ahli Bukan - Bumiputera tidak boleh mengundi atau bertanding untuk jawatan dalam parti.

Tidak dinafikan bahawa masih ada ahli PKR yang menyimpan kemarahan dengan Dr Mahathir dan ini boleh menimbulkan masalah dalam kerjasama kedua-dua parti pada masa akan datang.

Manakala bekas setiausaha PKR Kemaman pula berkata parti baharu itu harus membuktikan kesungguhan dalam melakukan perubahan sesuai dengan kehendak pembangkang.
“Jika semua ini boleh dijelaskan dengan baik, kami ahli akar umbi PKR tiada masalah untuk bekerjasama dengan mereka,” katanya sambil menegaskan Bersatu harus menjadi rakan setara dengan parti pembangkang, bukannya menjadi “abang besar” kepada mereka." katanya.
Sehingga kini, PKR yang diterajui oleh keluarga Wan Azizah masih tidak menyatakan pendirian rasmi mereka terhadap bakal kewujudan parti baru yang dinaungi oleh Tun Mahathir itu.

Jika sebelum ini, Wan Azizah selaku Presiden PKR masih tetap dengan pendirian, menolak sebarang kerjasama dengan gerakan Bekas Perdana Menteri itu yang dianggap sebagai pemimpin Diktator yang telah menzalimi mereka sekeluarga.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Mcm la PKR tu Parti Idealisme. Ditubuhkan pun atas dasar dendam dan membebaskan individu bernama Anwar Ibrahim. Logo parti pun lambang mata lebam Anwar. Menang pun kerana sokongan pengundi akar umbi PAS. Kekuatan teras takde. Pemilihan parti kacau bilau baling kerusi pecah kepala berdarah. Ada hati nak kondem parti orang pula. Malulah sikit PKR..

    BalasPadam
  2. Mcm la PKR tu Parti Idealisme. Ditubuhkan pun atas dasar dendam dan membebaskan individu bernama Anwar Ibrahim. Logo parti pun lambang mata lebam Anwar. Menang pun kerana sokongan pengundi akar umbi PAS. Kekuatan teras takde. Pemilihan parti kacau bilau baling kerusi pecah kepala berdarah. Ada hati nak kondem parti orang pula. Malulah sikit PKR..

    BalasPadam
  3. Dap dah jdi mcm abg besar dlm ph tu mcm mana agaknya..

    BalasPadam
  4. Parti org gila kuasa dan wang....aku kempen tolak mrk habis2an.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah puas perbodohkan rakyat dgn perjanjian bodo dan bangang konsesi tol..ipp dan mghabiskan wang rakyat dgn bailout berbillion2 ringgit waris dan kroni...JANGAN HARAPLAH AKU NAK MENGUNDI puak rich n famous nie.
      Tak puas lagi ker memewahkan waris dan para kroni selama 22 tahun jadi pm?????
      Bukan nak menidakkan pencapaian dia seblm ini tetapi kena ingat penyalahgunaan kuasa yg keterlaluan demi memuaskan nafsu serakah mendapat kekayaan lalu sangat mendukacitakan.
      Gagal menjatuhkan najib ketika dlm umno dgn isu 1mdb yg tak terbukti2 sehingga menubuhkan parti baru jelas dan nyata kegilaan mrk utk menghidupkan semula legasi 22tahun.Jika benar nak selamatkan malaysia...join jer mana2 parti pakatan hanya harapan spt pukiR..dapigs atau panTxT.
      Udah2 ler...korang jadi bodo krn gila harta dan jadi gila disepak para kroni yg kaya.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping