Sabtu, Ogos 20, 2016

Heh! Nampak sangat mainan Politik puak - puak Pakatan Haprak ni. Nak pulak dikalangan pemimpin PKR tu sendiri. Memang saja je diorang tanam 'Harapan Palsu' supaya orang lain teruja.

Tapi bila tiba masanya, diorang 'Smash' cukup - cukup sampai terduduk orang tu dibuatnya. Kalau sebelum ini, sibuk betul diorang cerita kononnya Tan Sri Muhyiddin akan jadi Ketua Pembangkang.

Maka kecoh seketika didalam laman media sosial dan sembang Politik kedai kopi tiba - tiba menjadi satu perbincangan yang hangat mengenai perkara tersebut sejak dua tiga hari yang lepas.

Ada yang menyokong cadangan tersebut memandangkan Ketua Pembangkang yang ada hari ini hanya diibaratkan seperti 'Tunggul Kayu' yang tak mampu berfungsi menjalankan tugasnya.

Tapi lain pulak dengan puak - puak PKR yang dilihat tidak semudah itu akan memberikan ruang serta peluang mudah kepada orang lain untuk merampas kerusi Ketua Pembangkang tu.

Nak pulak kalau calon yang dicanang sebagai pengganti tu datangnya dari UMNO. Lagi la macam - macam alasan yang akan diberikan oleh mereka untuk menafikan cadangan tersebut.

Maka sebab itu Si Nurul Izzah tu dilihat cuba memberikan pelbagai alasan sebagai 'Syarat Utama' yang perlu dipenuhi sebelum ada mana - mana pihak yang berangan nak rampas kerusi ibunya.

Kali ini, Si Rafizi tu pulak tampil dan membuat dakwaan kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tu tak layak untuk menggantikan kedudukan yang disandang oleh Wan Azizah pada ketika ini.

Kata Rafizi, pendirian Politik yang dibawa oleh Tan Sri Muhyiddin mahu pun Tun Mahathir pada ketika ini tidak cenderung ke arah 'Penentangan' seperti mana yang dipraktikkan oleh pembangkang.
“Saya tidak nampak isyarat penentangan (Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir) seratus peratus terhadap sistem macam saya.
“Saya tak rasa Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu nak tunjukkan mesej itu (seratus peratus pembangkang). Bia dia dah jadi seratus peratus menentang sistem macam kami kerana orang Umno yang terkeliru pun dia tak akan pergi (masuk Bersatu) kerana Datuk Seri Najib akan ambil peluang kata ini pembangkang dan kuda tunggangan DAP,”katanya ketika diinterbiu Sinar Harian.
Dalam erti kata lainnya, Si Rafizi tu memberikan gambaran jelas kepada kita bahawa PKR secara dasarnya tidak mengiktiraf perjuangan Politik parti baru yang dicadangkan sebelum ini. Dia lebih suka duduk dibawah 'Tunggul Kayu' dari bagi peluang kepada orang lain!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Sapa Rafizi? Nak kena ikut cakap dia ke, apa peduli dia setuju ke, dia tak setuju ke. Bagus sangat ke dia tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aik..tak kenal Rafizi munafik spesis sotong liat yg terkenal suka fitnah org tu..bila kena dakwa dia kata dia bergurau...

      Padam
    2. Aik..tak kenal Rafizi munafik spesis sotong liat yg terkenal suka fitnah org tu..bila kena dakwa dia kata dia bergurau...

      Padam
  2. BUAT APA NAK CARI KETUA PEMBANGANG YANG BARU ,BUKAN KER TOK NAJIB YANG KOME KATA AKAN JADI KETUA PEMBANKANG LEPAS PRU14.

    BalasPadam
  3. Lepas makin berkecamuk la jadinya....

    BalasPadam
  4. Dah kecamok pung.tertubohnya BERSATU akan lenyap lah tentera upahan DAP, pan.
    Mula lah PKR dipersalahkan.
    DAP dah cuci tangan,sebab agenda unto memecah parti islam dan melayu telah berjaya.
    PAN tentera upahan DAP,
    BERSATU pula tentera yang kecewa...
    Akhirnya,BN juga yang semakin gah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping